Shahnon lantang berkarya, penyayang pada isteri

Shahnon lantang berkarya, penyayang pada isteri - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang Shahnon lantang berkarya, penyayang pada isteri, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Shahnon lantang berkarya, penyayang pada isteri
link : Shahnon lantang berkarya, penyayang pada isteri

Baca juga


Shahnon lantang berkarya, penyayang pada isteri

KUALA LUMPUR: Sasterawan Negara (SN) kedua, Prof Emeritus Datuk Dr Shahnon Ahmad, bukan sekadar seorang tokoh kesusasteraan besar tanah air, malah seorang pendidik sejati yang tidak hanya mengajar ilmu semata-mata.

Pengarang prolifik, Zainal Rashid Ahmad, yang sempat berguru dengan Shahnon ketika menuntut di Universiti Sains Malaysia (USM) dalam Penulisan Kreatif pada tahun 1991, berkata Shahnon adalah seorang guru yang turut mendidiknya mengenai soal nilai.

"Allahyarham sering mengingatkan saya dengan kata-katanya, sastera tidak mendidik orang sebaliknya mendidik penulisnya dengan pegangan terhadap nilai yang mahu dijadikan asas atau falsafah ketika menulis," katanya mengimbau semula hubungan rapatnya dengan pengarang hebat tanah air itu.

Zainal Rashid yang juga Naib Presiden Kanan, Jabatan Jualan Media, TV Al-Hijrah, berkata setahun di USM, beliau banyak menghabiskan waktu bersama pengarang yang mesra dipanggilnya sebagai Pak Shahnon itu.

Bertemu di luar waktu kuliah, Shahnon banyak berkongsi mengenai dirinya serta perasaannya yang sangat khusus terhadap isterinya.

"Ketika itu saya baru berusia 23 tahun dan perasaan cinta luar biasa Pak Shahnon terhadap isterinya banyak mempengaruhi kehidupan saya selepas berumah tangga. Malah beliau juga berpesan apabila kamu kahwin dan punya isteri, hargai serta ingat jasa isteri.

"Pak Shahnon berkata begitu ketika saya bertanya mengapa beliau meninggalkan al-Arqam dan antara sebabnya ialah kerana beliau menolak poligami disebabkan sangat menyintai isterinya. Beliau begitu mengenang jasa dan pengorbanan isterinya yang banyak membantu terutamanya ketika Pak Shahnon dalam fasa menyiapkan Ijazah Sarjana," katanya.

Shahnon yang berasal dari Sik, Kedah, menghembuskan nafas terakhirnya pada usia 84 tahun di Hospital KPJ, Kajang, kira-kira jam 7.30 pagi, kelmarin akibat paru-paru berair (pneumonia). Beliau meninggalkan isteri, Datin Wan Fatimah Wan Salleh serta empat anak.

Sementara itu, SN ke-10, Datuk Dr Anwar Ridhwan yang mengenali Allahyarham sejak sama-sama bergiat dalam Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (GAPENA), menyifatkan pemergian Shahnon sebagai kehilangan besar kepada kesusasteraan tanah air.

Anwar berkata, Shahnon yang dikenali sebagai penulis yang memiliki pemikiran dan falsafah tersendiri serta seorang pengkarya yang sensitif dengan apa yang berlaku sepanjang hidup beliau. Karya Shahnon menyentuh masyarakat segenap lapisan melalui isu pembangunan tidak terkawal, pencemaran dan pengaruh modenisasi kepada masyarakat seperti yang ditampilkan melalui novel Tivi.

"Saya mengikuti karya beliau sejak awal lagi dan seperti mana lantang serta kritis Shahnon dalam karyanya, begitu juga beliau dalam perbualan. Jika ada perkara dirasakan tidak betul, beliau tidak khuatir menyuarakannya tetapi sebagai orang Melayu, kata-katanya masih tetap berlapik. Beliau sememangnya tokoh besar dalam sastera dan pemergiannya satu kehilangan besar," katanya.

Menurut Anwar, paling diingati mengenai Shahnon ialah bagaimana sahabatnya itu sanggup 'lari' dari sidang di Parlimen ketika masih bergelar Ahli Parlimen Sik semata-mata kerana mahu mendapatkan novel Naratif Ogonshoto karya beliau.

"Shahnon tahu yang novel itu baru diterbitkan jadi dari Parlimen beliau datang bertemu saya di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) kerana katanya mahu membaca novel itu jadi saya berikan satu naskhah kepadanya.

"Dalam kesibukan beliau pada ketika itu, Shahnon nampaknya masih mengingati rakan-rakannya dalam dunia sastera," katanya.



Sumber Shahnon lantang berkarya, penyayang pada isteri


Demikianlah Artikel Shahnon lantang berkarya, penyayang pada isteri

Sekianlah artikel Shahnon lantang berkarya, penyayang pada isteri kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates: