Judul : Wany tak sanggup guris hati ibu
link : Wany tak sanggup guris hati ibu
Wany tak sanggup guris hati ibu
PENYANYI Wany Hasrita, 25, meminta dan berharap peminat tidak terus mengaitkan dirinya menjalin cinta dengan penyanyi remaja, Tajul Arif, 19.Tajul ketika berduet dengan Wany. FOTO Instagram
Wany atau Nurshazwany Hasrita Hasbullah berkata ia demi menjaga hati ibunya, Norita Jaafar, 46, serta imej sebagai gadis berhijab.
"Saya sangat menghormati perasaan ibu saya dan tidak mahu hatinya terus terguris dengan gosip cinta mengaitkan saya dan Tajul.
"Ditambah, saya anak tunggal dan muncul pula membina karier nyanyian ini dengan imej bertudung.
"Jadi, memang kurang manis juga pada permulaan karier seni saya yang masih hijau ini apabila terus dipalit dengan gosip cinta," katanya.
Menurut Wany, di antara dia dengan Tajul, hubungan baik mereka dijalin atas dasar persahabatan dan profesional dalam bekerja.
"Kami memang tidak bercinta pun. Tetapi, banyak pula gosip cinta kami yang timbul. Ia sangat membuatkan saya tidak selesa.
"Apatah lagi, saya kini mahu fokus pada karier kerana langkah pun baru bermula. Perjalanan saya masih jauh
"Malah, sebelum mahu bercinta, saya harus lebih dulu kukuhkan nama dan buktikan bakat diri. Itu paling utama.
"Ditambah, saya pun sebenarnya belum terfikir untuk bercinta kerana banyak impian yang hendak dicapai dalam karier. Saya ingin berjaya," katanya.
Wany yang popular dengan single Menahan Rindu dan terbaru, Rintihan Rindu berkata dia sangat berterima kasih kepada peminat yang menyokongnya.
Apapun, gosip cinta Wany dan Tajul yang juga adik bongsu Allahyarham Achik Spin mula jadi perhatian peminat selepas mereka muncul dengan single duet Disana Cinta Disini Rindu.
Ia diperkuatkan lagi apabila kedua-dua penyanyi meningkat naik dan diminati ramai ini bernaung di bawah syarikat rakaman sama, Fantasia Music City (FMC).
Sumber Wany tak sanggup guris hati ibu