Wafiq dakwa ada hotel larang pekerja bertudung, disuruh pakai mini skirt

Wafiq dakwa ada hotel larang pekerja bertudung, disuruh pakai mini skirt - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang Wafiq dakwa ada hotel larang pekerja bertudung, disuruh pakai mini skirt, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Wafiq dakwa ada hotel larang pekerja bertudung, disuruh pakai mini skirt
link : Wafiq dakwa ada hotel larang pekerja bertudung, disuruh pakai mini skirt

Baca juga


Wafiq dakwa ada hotel larang pekerja bertudung, disuruh pakai mini skirt

KUALA LUMPUR: Presiden International Women’s Alliance for Family Institution and Quality Education (Wafiq), Prof Madya Dr Rafidah Hanim Mokhtar mendakwa terdapat hotel yang bukan hanya menguna polisi larangan memakai tudung terhadap pekerja wanita Islam tetapi turut mengarahkan pelajar yang mahu menjalani latihan industri memakai mini skrit.

Dr Rafidah mendakwa pihaknya menerima aduan terdapat pelajar yang menghantar permohonan menjalankan latihan industri, namun tidak diterima kerana bertudung.

“Malah, mereka diberi syarat jika ingin meneruskan latihan, perlu membuka tudung. Ada yang datang bertudung, tetapi pengurusan hotel minta mereka memakai mini skirt yang jelas bercanggah dengan penampilan sebagai wanita muslimah,” kata Dr Rafidah seperti dilapor portal Ismaweb.

Selain itu, Dr Rafidah juga mendakwa larangan memakai tudung bukan hanya dikenakan terhadap pekerja wanita Islam di bahagian perkhidmatan pelanggan (frontdesk) tetapi juga bahagian lain.

Katanya, Wafiq turut menerima aduan daripada seorang kakitangan hotel di bahagian pengurusan yang turut dilarang memakai tudung.

“Dan wanita-wanita ini telah pun merayu, membuat surat rayuan kepada majikan mereka, tetapi tidak diendahkan," katanya lagi.

Isu terdapat hotel yang mengunakan polis melarang pekerja wanita Islam memakai yang bertugas di bahagian kaunter depan mula menjadi perhatian apabila Majlis Rangkaian Kesatuan Sekerja Antarabangsa Malaysia (Uni-MLC) mendedahkan terdapat aduan daripada kakitangan hotel mengadu mengenai diskriminasi terhadap pekerja wanita Islam yang diarahkan menanggalkan tudung mereka.

BACA: Tarik balik lesen hotel larang wanita bertudung bekerja di kaunter depan - Nurul Izzah

BACA: Hotel larang pakai tudung: Kurang ajar - Nazri Aziz

BACA: Larangan bertudung: PBT disaran tarik balik lesen hotel - Noh Omar

BACA: Pemakaian tudung tidak jejaskan destinasi pelancongan - KM Melaka

Menurut Uni-MLC, larangan yang sama turut dikenakan pelajar yang menghadiri kursus perhotelan dan pelancongan apabila mereka cuba memohon latihan amali.

Namun, Persatuan Hotel Malaysia (MAH) dilaporkan mempertahankan tindakan operator hotel yang melarang pekerja wanita beragama Islam bertudung bekerja di bahagian perkhidmatan pelanggan.

MAH menafikan larangan yang dikenakan itu adalah satu bentuk diskriminasi sebaliknya berpendapat ia merupakan sebahagian daripada polisi antarabangsa.

Presiden MAH, Cheah Swee Hee menjelaskan setiap hotel terutamanya hotel antarabangsa di Malaysia mempunyai standard operasi (SOP) dan polisi syarikat yang ditetapkan.



Sumber Wafiq dakwa ada hotel larang pekerja bertudung, disuruh pakai mini skirt


Demikianlah Artikel Wafiq dakwa ada hotel larang pekerja bertudung, disuruh pakai mini skirt

Sekianlah artikel Wafiq dakwa ada hotel larang pekerja bertudung, disuruh pakai mini skirt kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates: