TN50 dijangka beri fokus 6 tema utama - KJ

TN50 dijangka beri fokus 6 tema utama - KJ - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang TN50 dijangka beri fokus 6 tema utama - KJ, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : TN50 dijangka beri fokus 6 tema utama - KJ
link : TN50 dijangka beri fokus 6 tema utama - KJ

Baca juga


TN50 dijangka beri fokus 6 tema utama - KJ

KUALA LUMPUR: Enam tema utama, antaranya adil, global, penyatuan, kestabilan dan kebertanggungjawaban dijangka menjadi antara inti pati penting yang akan ditumpukan dalam pelaksanaan program Tranformasi Nasional 2050 (TN50).

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin, berkata biarpun laporan penuh berkenaan aspirasi belia TN50 siap Disember ini, namun pelbagai cadangan yang dikemukakan oleh semua pihak, terutama belia banyak menjurus kepada topik berkenaan. 

"Saya tidak mahu mendahului laporan itu, tetapi itu adalah lima atau enam tema yang banyak kita dengar daripada keseluruhan 80,000 aspirasi yang sudah dinyatakan (dikumpul) setakat ini.

"Kita juga sudah melihat semula kepada beberapa aspirasi dan kumpulkan mereka (cadangan aspirasi) dalam kluster tertentu. Itu antara tiga tema yang berulang dan menjadi asas kepada aspirasi keseluruhan belia Malaysia secara keseluruhannya menjelang 2050," katanya pada sidang media di sini.

Terdahulu, Khairy menjayakan Sesi Dialog TN50 anjuran Khazanah Nasional Berhad (Khazanah), bertajuk Bakat Muda Rangkaian Khazanah, Ke Arah Pembangunan Malaysia Yang Holistik; Membina Nilai Sejati, di Mercu UEM Group Berhad, di sini, hari ini.

Yang turut sama hadir, Pengarah Urusan Khazanah, Tan Sri Azman Mokhtar. Dialog itu turut dihadiri kira-kira 700 peserta majoritinya adalah golongan muda.

Mengulas lanjut, Khairy berkata, pada sesi kali ini, pelbagai cadangan dan aspirasi belia berjaya dikumpulkan dengan 31 aspirasi disuarakan sendiri oleh golongan itu pada sesi berkenaan.

"Sesi kali ini banyak menyentuh soal masa depan merangkumi pekerjaan, dan ada juga yang membangkitkan soal kualiti kehidupan dan cabaran memperoleh keperluan asas sama ada dalam bentuk pengangkutan awam dan pendidikan. Bagimana kita dapat merangka satu sistem pendidikan yang mampu berada di hadapan kelok teknologi.

"Saya kagum dengan semua dapatan aspirasi yang dinyatakan dan sudah pasti ia diharap mampu menjadi sebahagian yang penting dalam memperoleh input untuk menyediakan laporan penuh TN50 nanti," katanya.

Sementara itu, Azman menjelaskan, Khazanah kini sedang menumpukan kepada tiga komitmen menerusi Institut Kajian Khazanah (KRI) yang akan bekerjasama dengan sekretariat TN50 dalam melakukan kajian berkenaan gejala sosial.

"Seterusnya, Khazanah juga mempunyai rangkaiannya yang memiliki banyak 'touch point', Mengenai TN50 ini, kita akan tambah lagi 'touch point' berkenaan maklumat dan hebahan TN50 sama ada di lebuh raya dan kawasan strategik menerusi platform kami sendiri seperti AXIATA.

"Ketiga, komitmen berkenaan program berimpak tinggi yang kita difahamkan ketika ini berada dalam peringkat pelaksanaan (oleh kerajaan). Kami sedia menjalankan tugas kami, antaranya diatas Taman Tugu, akan dibangunkan Institusi Khazanah ILMU, di mana ILMU itu adalah akronim  lnnovation (inovasi); learning (pembejalaran); mentoring (mentor) dan unity (perpaduan)." katanya. 



Sumber TN50 dijangka beri fokus 6 tema utama - KJ


Demikianlah Artikel TN50 dijangka beri fokus 6 tema utama - KJ

Sekianlah artikel TN50 dijangka beri fokus 6 tema utama - KJ kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates: