“Terima kasih TPM angkat panggilan saya hampir 3.30 pagi. Beliau berjanji akan hantar ATM untuk selamatkan Pulau Pinang” – Kata Lim Guan Eng dalam keadaan sebak

“Terima kasih TPM angkat panggilan saya hampir 3.30 pagi. Beliau berjanji akan hantar ATM untuk selamatkan Pulau Pinang” – Kata Lim Guan Eng dalam keadaan sebak - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang “Terima kasih TPM angkat panggilan saya hampir 3.30 pagi. Beliau berjanji akan hantar ATM untuk selamatkan Pulau Pinang” – Kata Lim Guan Eng dalam keadaan sebak, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : “Terima kasih TPM angkat panggilan saya hampir 3.30 pagi. Beliau berjanji akan hantar ATM untuk selamatkan Pulau Pinang” – Kata Lim Guan Eng dalam keadaan sebak
link : “Terima kasih TPM angkat panggilan saya hampir 3.30 pagi. Beliau berjanji akan hantar ATM untuk selamatkan Pulau Pinang” – Kata Lim Guan Eng dalam keadaan sebak

Baca juga


“Terima kasih TPM angkat panggilan saya hampir 3.30 pagi. Beliau berjanji akan hantar ATM untuk selamatkan Pulau Pinang” – Kata Lim Guan Eng dalam keadaan sebak

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berterima kasih kepada Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi kerana menjawab panggilannya pada pukul 3.30 pagi Ahad bagi meminta bantuan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) berikutan banjir yang semakin buruk di negeri itu.

Guan Eng berkata, timbalan perdana menteri tersebut berjanji akan menghantar pasukan ATM untuk membantu menyelamatkan keadaan banjir di negeri itu.

“Saya berjaya hubungi Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, terima kasih kerana angkat panggilan saya hampir 3.30 pagi.

“Beliau berjanji akan menghantar ATM untuk selamatkan Pulau Pinang,” katanya dengan nada sebak menerusi sebuah video di laman sosialnya pada awal pagi Ahad.

Dalam pada itu, Guan Eng meminta semua penduduk Pulau Pinang bersabar sementara menunggu bantuan daripada pihak berkuasa.

“Harap semua terus bersabar… terus bersabar dan kita akan cuba pastikan bantuan… sabar. Jaga keselamatan anda dan keluarga anda,” katanya.

Menurut Guan Eng, keadaan banjir semakin buruk mencapai paras 10 kaki hingga 12 kaki, melepasi bumbung di Pulau Pinang.

Beliau menambah, pusat pemindahan juga tidak mempunyai bekalan elektrik akibat banjir.

Menerusi video berasingan di laman sosialnya pada pagi Ahad, Guan Eng berkata, seramai 1,968 orang telah dipindahkan ke pusat pemindahan banjir membabitkan daerah Seberang Perai Tengah (1,125 orang), Seberang Perai Utara (615), daerah Timur Laut (70) dan daerah Barat Daya (158).

“Sehingga pukul 7 pagi tadi, hujan telah reda serta beberapa kawasan yang dinaiki air juga telah surut. Cuma sekarang ini, saya bimbang akan turun semula dan kawasan banjir (dinaiki air).

“Saya tidak menjangkakan…tidak pernah melihat angin sebegini kuat dan hujan sangat lebat. Saya harap semua dapat bersabar dan kami (Kerajaan Negeri dan pihak berwajib) sedang berusaha bersungguh-sungguh untuk menghantarkan bantuan,” ujarnya.

Guan Eng Beliau turut berterima kasih kepada Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), Bomba dan Penyelamat, polis dan pasukan penyelamat yang terlibat dalam operasi banjir sejak Sabtu.

Sumber: Mstar



Sumber “Terima kasih TPM angkat panggilan saya hampir 3.30 pagi. Beliau berjanji akan hantar ATM untuk selamatkan Pulau Pinang” – Kata Lim Guan Eng dalam keadaan sebak


Demikianlah Artikel “Terima kasih TPM angkat panggilan saya hampir 3.30 pagi. Beliau berjanji akan hantar ATM untuk selamatkan Pulau Pinang” – Kata Lim Guan Eng dalam keadaan sebak

Sekianlah artikel “Terima kasih TPM angkat panggilan saya hampir 3.30 pagi. Beliau berjanji akan hantar ATM untuk selamatkan Pulau Pinang” – Kata Lim Guan Eng dalam keadaan sebak kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates: