Reka bentuk RTS kekalkan pemandangan Johor Bahru

Reka bentuk RTS kekalkan pemandangan Johor Bahru - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang Reka bentuk RTS kekalkan pemandangan Johor Bahru, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Reka bentuk RTS kekalkan pemandangan Johor Bahru
link : Reka bentuk RTS kekalkan pemandangan Johor Bahru

Baca juga


Reka bentuk RTS kekalkan pemandangan Johor Bahru

PASIR GUDANG: Kerajaan negeri Johor mahu Projek Sistem Transit Rapid (RTS) dijalankan dengan segera susulan Sultan Johor sudah perkenan reka bentuk jajaran jambatannya dibuat secara lulus yang merentasi Selat Johor bagi menghubungkan Woodlands, Singapura ke Bukit Chagar, Johor Bahru.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata, pandangan Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar dibuat berikutan rekaan yang dicadangkan sebelum ini akan menjejaskan pemandangan latar bandaraya ini.

"Sultan Johor ada bagi pandangan, kalau buat begitu (rekaan asal) akan menjejaskan pemandangan skyline Johor Bahru, jadi Tuanku berpandangan minta dikaji balik dan hasilnya kerajaan Pusat mengkaji semula (sebelum) dipersetujui. Itu sahaja, (perubahan) bukan disebabkan benda yang material," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyempurnakan Majlis Pecah Tanah Tapak Projek Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor (SAJK) Fasa 5, di Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Bukit Dahlia, di sini hari ini.

Beliau mengulas mengenai perkenan Sultan Johor bagi jajaran jambatan RTS setinggi 25 meter (m) secara lurus selepas pihak Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) mengemukakan tiga pilihan jajaran bagi projek RTS yang mengambil kira cadangan Sultan Johor sebelum ini.

Sebelum ini, Sultan Ibrahim dilaporkan tidak bersetuju dengan cadangan reka bentuk landasan yang melengkung, selain jambatannya yang mungkin mencapai ketinggian 30 meter di bahagian tengahnya, sebaliknya, mencadangkan penjajaran yang lurus.

Pembinaan RTS dicadangkan pada Mei 2010 sebagai alternatif kepada 80,000 hingga 100,000 pengguna Tambak Johor setiap hari dan apabila siap, ia mampu menampung pergerakan sehingga 10,000 penumpang setiap jam antara dua stesen di Woodlands dan Bukit Chagar.

Mohamed Khaled berkata, pihaknya mengalu-alukan persetujuan reka bentuk projek itu dan mahu projek terbabit disegerakan bagi keperluan rakyat negeri ini.

"Yang penting, kita mengalukan projek ini. Maknanya sudah ada kepastian mengenai perubahan bentuk dan patut ia menjadi asas kedua-dua negara berbincang.

"Kita mahu supaya projek ini dimulakan segera agar ia dapat membantu kesesakan di Tambak Johor kerana difahamkan sekali lalu (RTS) boleh membawa beberapa ribu penumpang.

"Johor Bahru memerlukan ini. Kita dah bincang lama sangat, jadi kita minta ia dimulakan segera," katanya.

Dalam perkembangan lain, Mohamed Khaled turut berharap rakyat dan semua pihak memahami dan berlaku adil kepada kerajaan kerana setiap pembangunan tidak boleh dijalankan dengan cepat, sebaliknya perlu mematuhi pelbagai perkara berkaitan termasuk reka bentuk.



Sumber Reka bentuk RTS kekalkan pemandangan Johor Bahru


Demikianlah Artikel Reka bentuk RTS kekalkan pemandangan Johor Bahru

Sekianlah artikel Reka bentuk RTS kekalkan pemandangan Johor Bahru kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :