Profesion kejururawatan Malaysia diiktiraf di peringkat dunia

Profesion kejururawatan Malaysia diiktiraf di peringkat dunia - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang Profesion kejururawatan Malaysia diiktiraf di peringkat dunia, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Profesion kejururawatan Malaysia diiktiraf di peringkat dunia
link : Profesion kejururawatan Malaysia diiktiraf di peringkat dunia

Baca juga


Profesion kejururawatan Malaysia diiktiraf di peringkat dunia

Profesion kejururawatan negara ini diiktiraf di peringkat dunia apabila keupayaan dan kemahiran jururawat Malaysia diterima baik masyarakat negara luar seperti di Arab Saudi.

Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya berkata ini kerana golongan berkenaan yang pernah menjalani latihan di kolej kejururawatan di bawah Kementerian Kesihatan mendapat kelayakan gaji sama rata seperti jururawat di United Kingdom dan Australia, apabila bekerja di negara luar.

"Jururawat ini tidak boleh cuti tanpa gaji jika hendak bekerja di negara luar. Jadi mereka kena berhenti kerja...mereka ini pergi dengan kemahiran, mereka mendapat latihan yang terbaik di negara kita. Kolej kejururawatan kita melatih pelajar mereka dengan cukup baik sekali.

"Sehingga, apabila pergi bekerja di negara luar pun (bekas) jururawat kita ini dterima baik," katanya kepada pemberita selepas melawat dan merasmikan Makmal Simulasi Komuniti Kolej Kejururawatan Sungai Petani di Institut Latihan Kementerian Kesihatan Sungai Petani (Kejururawatan) di sini hari ini.

Sehubungan itu, Dr Hilmi menyeru kesemua jururawat di negara ini untuk terus berusaha meningkatkan kepakaran masing-masing dalam bidang diminati dengan mengikuti kursus lanjutan di samping menambah baik keupayaan berbahasa Inggeris.

Beliau berkata langkah itu penting untuk memastikan jururawat berkenaan berkebolehan tinggi dengan pelbagai kemahiran sekali gus meningkatkan kebolehpasaran kerja mereka sama ada di negara ini mahupun luar negara.

-- BERNAMA



Sumber Profesion kejururawatan Malaysia diiktiraf di peringkat dunia


Demikianlah Artikel Profesion kejururawatan Malaysia diiktiraf di peringkat dunia

Sekianlah artikel Profesion kejururawatan Malaysia diiktiraf di peringkat dunia kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates: