Polis Thailand tahan dua rakyat Malaysia disyaki anggota 'Macau Scam'

Polis Thailand tahan dua rakyat Malaysia disyaki anggota 'Macau Scam' - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang Polis Thailand tahan dua rakyat Malaysia disyaki anggota 'Macau Scam', kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Polis Thailand tahan dua rakyat Malaysia disyaki anggota 'Macau Scam'
link : Polis Thailand tahan dua rakyat Malaysia disyaki anggota 'Macau Scam'

Baca juga


Polis Thailand tahan dua rakyat Malaysia disyaki anggota 'Macau Scam'

BANGKOK: Dua lelaki rakyat Malaysia yang disyaki anggota sindiket "Macau Scam" antarabangsa ditahan polis Thailand di Bangkok ketika asyik mengeluarkan wang mangsa dari Mesin Pengeluaran Automatik (ATM).

Kedua-dua lelaki tersebut dikenali sebagai Saw Chooi Hock, 41 dan Saeo Wei Jack, 35.

“Kedua-dua lelaki rakyat Malaysia itu mengaku sindiket tersebut terdiri daripada 10 anggota termasuk rakyat Malaysia, warga Thailand dan Taiwan. Sindiket itu berpangkalan di Taiwan,” kata ketua pemangku Bahagian Anti Jenayah Thailand, Kolonel Maitri Chimcherd di sini hari ini.

Kedua-dua rakyat Malaysia yang ditahan di daerah Prawet di Ramkhamhaeng, Bangkok dijejaki selepas seorang mangsa sindiket membuat aduan di Rayong baru-baru ini.

Seorang anggota sindiket yang menyamar sebagai pegawai polis berpangkat tinggi, kata Chimcherd, menghubungi mangsa dengan mendakwa akaun bank mangsa mempunyai kaitan dengan seorang pengedar dadah dan diminta memindahkan 2.7 juta Baht (kira-kira RM360,000) kepada sindiket itu.

Mangsa kemudian mendapati bahawa ia adalah satu penipuan dan membuat laporan kepada CSD yang mengambil tindakan segera.

Chimcherd berkata CSD menjejaki transaksi kewangan wang tersebut yang akhirnya membawa mereka kepada kedua-dua lelaki tersebut, yang ditahan semasa mengeluarkan wang dari mesin ATM.

Beliau berkata, kedua-dua mereka mendakwa bahawa peranan mereka hanya untuk mengeluarkan wang seperti diarahkan dan tidak pernah bertemu dengan dalang sindiket tersebut.

"Mereka juga mendakwa bahawa mereka dibayar 30,000 Baht (kira-kira RM4,000) sebulan untuk peranan mereka," kata beliau sambil menambah polis juga merampas tujuh kad ATM, empat slip ATM, wang tunai 61,000 Baht (kira-kira RM8,100) dan empat telefon bimbit.

Kedua-dua lelaki tersebut kini ditahan untuk membantu siasatan.

-- BERNAMA



Sumber Polis Thailand tahan dua rakyat Malaysia disyaki anggota 'Macau Scam'


Demikianlah Artikel Polis Thailand tahan dua rakyat Malaysia disyaki anggota 'Macau Scam'

Sekianlah artikel Polis Thailand tahan dua rakyat Malaysia disyaki anggota 'Macau Scam' kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates: