Judul : Minta cerai, suami pukul isteri sampai mati
link : Minta cerai, suami pukul isteri sampai mati
Minta cerai, suami pukul isteri sampai mati
KLANG - Polis sedang memburu seorang lelaki yang memukul isterinya sehingga mati di Teluk Pulai, Klang, Sabtu lalu, lapor Harian Metro.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, suspek berusia 43 tahun melarikan diri selepas isterinya berusia 47 tahun meninggal dunia di hospital jam 9.40 pagi semalam.
Beliau berkata, pihaknya menerima laporan kejadian daripada anak angkat mangsa berusia 36 tahun.
"Pengadu memaklumkan ibu angkatnya kerap dipukul suaminya semenjak bulan Mei lalu.
"Mangsa takut menceritakan hal ini kepada keluarga kerana suami mengugut mahu membunuhnya," katanya.
Selepas mangsa dipukul oleh suaminya sehingga cedera teruk dan tidak sedarkan diri, pengadu membawa ibu angkatnya ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) untk mendapatkan rawatan lanjut sebelum disahkan meninggal dunia jam 9.40 pagi semalam.
"Hasil bedah siasat mendapati, punca kematian mangsa adalah kecederaan teruk di kepala. Suspek telah dikenalpasti dan usaha mengesannya sedang giat dijalankan," katanya.
Siasatan awal mendapati, suspek menganggap isterinya mahu meminta cerai dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Sumber Minta cerai, suami pukul isteri sampai mati
Demikianlah Artikel Minta cerai, suami pukul isteri sampai mati
Sekianlah artikel Minta cerai, suami pukul isteri sampai mati kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.