Makmal mini proses dadah dibongkar, tiga sekeluarga antara diberkas

Makmal mini proses dadah dibongkar, tiga sekeluarga antara diberkas - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang Makmal mini proses dadah dibongkar, tiga sekeluarga antara diberkas, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Makmal mini proses dadah dibongkar, tiga sekeluarga antara diberkas
link : Makmal mini proses dadah dibongkar, tiga sekeluarga antara diberkas

Baca juga


Makmal mini proses dadah dibongkar, tiga sekeluarga antara diberkas

KLANG: Polis membongkar sebuah makmal mini memproses dadah jenis syabu selepas menahan lima individu termasuk tiga sekeluarga dalam dua serbuan berasingan di daerah ini, pada 2 November lepas.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, ACP Shamsul Amar Ramli berkata makmal berkenaan beroperasi di sebuah rumah mewah tiga tingkat yang disewa khas bagi tujuan tersebut di Bandar Botanic, di sini.

"Tiga sekeluarga, ayah, anak lelaki dan isteri kepada anaknya ditahan bersama seorang lagi suspek di sebuah kedai makan di Pandamaran, antara 1 petang dan 4.30 petang.

"Seorang lagi suspek lelaki ditahan dalam serbuan serentak di sebuah rumah di Taman Sejati. Rumah yang dijadikan makmal memproses dadah berkenaan diserbu susulan tangkapan kesemua suspek terbabit," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Shamsul Amar berkata sebuah bilik di tingkat bawah rumah itu diubahsuai untuk dijadikan makmal memproses dadah dan antara barangan dirampas dari rumah berkenaan adalah alatan makmal serta bahan kimia berupa serbuk dan cecair dipercayai untuk memproses syabu.

Turut dirampas, katanya cecair "Meth Oil" seberat 3.85 kilogram (kg) yang mampu menghasilkan syabu seberat 1.5kg dengan nilai pasaran dianggarkan RM110,000.

Selain itu, beliau berkata polis turut merampas empat kereta, wang tunai berjumlah RM1,600 dan empat bentuk cincin milik suspek yang dianggarkan bernilai RM450,000.

"Kesemua suspek berusia antara 18 dan 53 tahun kini direman bagi membantu siasatan kes di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya.

-- BERNAMA



Sumber Makmal mini proses dadah dibongkar, tiga sekeluarga antara diberkas


Demikianlah Artikel Makmal mini proses dadah dibongkar, tiga sekeluarga antara diberkas

Sekianlah artikel Makmal mini proses dadah dibongkar, tiga sekeluarga antara diberkas kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates: