“Kisah dengan Mira Filzah terlalu peribadi” – Zizan

“Kisah dengan Mira Filzah terlalu peribadi” – Zizan - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang “Kisah dengan Mira Filzah terlalu peribadi” – Zizan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : “Kisah dengan Mira Filzah terlalu peribadi” – Zizan
link : “Kisah dengan Mira Filzah terlalu peribadi” – Zizan

Baca juga


“Kisah dengan Mira Filzah terlalu peribadi” – Zizan

PELAWAK Zizan Razak masih belum bersedia untuk berkongsi status hubungannya dengan pelakon jelita Mira Filzah yang digosipkan bercinta.

Zizan berkata, perkara itu terlalu peribadi untuk dikongsi kepada umum buat masa ini.

“Saya tidak boleh komen tentang itu, ia terlalu peribadi untuk dikongsi dengan media.

“Saya tidak mahu libatkan soal peribadi dengan kerjaya. Soal kerjaya saya boleh cerita tapi kalau cinta sudah terlalu banyak rasanya,” ujarnya kepada mStar Online.

Zizan ditemui pada pratonton filem televisyen Baby Bro di The Garden Mall, pada Rabu.

Sementara itu, Zizan mengakui kerjayanya lebih baik tanpa sebarang kontroversi melibatkan cinta.

“Saya tidak mahu cerita cinta saya dengan siapa sahaja sekalipun kerana saya selesa sekarang.

 

“Saya sendiri lihat kerjaya saya menjadi lebih baik selepas tiada lagi cerita-cerita cinta,” ujarnya.

Bagaimanapun, Zizan berkata, dia berjanji untuk tidak merahsiakan perkara yang baik jika mempunyai sebarang perancangan berumah tangga.

“Insya-Allah kalau ada jodoh dan sampai masanya saya akan beritahu juga. Saya tidak akan sorok perkara itu,” katanya.

 

Bercerita tentang Baby Bro, Zizan berkata, dia seronok bergandingan dengan pelakon Shaheizy Sam dalam naskhah aksi ringan ini.

Katanya, ia juga pengalaman pertamanya berlakon dengan bayi.

“Seronok sekali-sekala dapat berlakon naskhah seperti ini. Filem ini juga khas buat peminat-peminat saya dikalangan kanak-kanak,” ujarnya.

Filem arahan Ghaz Abu Bakar ini boleh mula ditonton di Astro First Eksklusif bermula 30 November ini.

Sumber: Mstar



Sumber “Kisah dengan Mira Filzah terlalu peribadi” – Zizan


Demikianlah Artikel “Kisah dengan Mira Filzah terlalu peribadi” – Zizan

Sekianlah artikel “Kisah dengan Mira Filzah terlalu peribadi” – Zizan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates: