JPPM: Pengecualian PPBM bercanggah Akta Pertubuhan

JPPM: Pengecualian PPBM bercanggah Akta Pertubuhan - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang JPPM: Pengecualian PPBM bercanggah Akta Pertubuhan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : JPPM: Pengecualian PPBM bercanggah Akta Pertubuhan
link : JPPM: Pengecualian PPBM bercanggah Akta Pertubuhan

Baca juga


JPPM: Pengecualian PPBM bercanggah Akta Pertubuhan

Ketua pengarah JPPM berkata, pihaknya memerlukan seminggu untuk merujuk penasihat undang-undang bagi meneliti cadangan pengecualian diminta PPBM yang bertentangan Akta Pertubuhan 1966 dan perlembagaan parti itu sendiri.

suryati

JOHOR BAHRU: Cadangan pengecualian dikemukakan PPBM baru-baru ini disifatkan tidak pernah berlaku dan bertentangan Akta Pertubuhan 1966.

Ketua Pengarah Jabatan Pendaftar Pertubuhan Malaysia (JPPM), Surayati Ibrahim berkata, pihaknya perlu merujuk penasihat undang-undang.

Beliau mengesahkan ada menerima surat permohonan dari parti itu Khamis lepas dan pihaknya mendapati banyak cadangan pengecualian yang dipohon bukan sahaja bertentangan akta tersebut, malah perlembagaan parti itu sendiri.

Justeru, JPPM memerlukan seminggu untuk meneliti cadangan dan pengecualian terbabit.

“Ada banyak cadangan yang mereka senaraikan. Walau bagaimanapun, saya sedang meneliti perkara itu dengan pihak penasihat undang-undang (Jabatan Peguam Negara).

“Ada cadangan-cadangan yang diinginkan pihak parti itu, saya tidak pasti sama ada Akta Pertubuhan 1966 memberi kuasa kepada JPPM untuk membuat pengecualian-pengecualian yang diminta,” katanya selepas menghadiri Majlis Penyerahan Cek Persatuan Penduduk Johor yang disempurnakan Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed di Kompleks Tan Sri Mohamed Rahmat, hari ini.

Ditanya apakah pengecualian itu, beliau enggan mengulas lanjut, namun menjelaskan ia membabitkan isu bagaimana hendak melaksanakan mesyuarat agung tahunan dengan beberapa pengecualian dan bagaimana hendak meminda perlembagaan dengan pengecualian.

“Jadi, saya tidak pasti sama ada pihak JPPM atau jabatan boleh memberikan pengecualian yang dimaksudkanparti berkenaan. Ini kerana PPBM mahu meminta perkara yang terdapat di dalam perlembagaan diluluskan untuk dikecualikan,” katanya.

PPBM kini berdepan kemungkinan dibubarkan pendaftarannya oleh JPPM sekiranya gagal menyelesaikan masalah dalamannya dan mengadakan mesyuarat agung tahunan yang sudah melepasi tempoh sepatutnya pada September lepas.

‘PPBM, DAP punca Pakatan Harapan belum diluluskan’

PPBM masih baru, JPPM setuju bantu, kata Muhyiddin


The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.



Sumber JPPM: Pengecualian PPBM bercanggah Akta Pertubuhan


Demikianlah Artikel JPPM: Pengecualian PPBM bercanggah Akta Pertubuhan

Sekianlah artikel JPPM: Pengecualian PPBM bercanggah Akta Pertubuhan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates: