Judul : Istilah Armada tiada dalam perlembagaan, PPBM boleh dibatal
link : Istilah Armada tiada dalam perlembagaan, PPBM boleh dibatal
Istilah Armada tiada dalam perlembagaan, PPBM boleh dibatal
Istilah Armada iaitu sayap Pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) tidak terkandung dalam perlembagaan parti. — Foto ihsan Facebook/Armada PPBMPUTRAJAYA, 9 Nov — Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) mendapati istilah Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) iaitu sayap Pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) tidak terkandung dalam perlembagaan parti itu.
Ketua pengarah RoS, Surayati Ibrahim berkata pengunaan istilah yang tiada dalam perlembagaan adalah melanggar perlembagaan parti itu sendiri dan Akta Pertubuhan 1966.
Justeru, kesalahan ini dilihat berat dan boleh menyebabkan pendaftaran sesebuah pertubuhan dibatalkan, katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata sehingga ini jabatan itu belum meluluskan pindaan perlembagaan PPBM yang menggunakan istilah “Armada” untuk jawatankuasa Pemuda PPBM.
Bagaimanapun, katanya, siasatan masih diteruskan bagi meneliti isu tersebut.
Surayati berkata RoS sebelum ini telah menerima aduan daripada sebilangan ahli PPBM termasuk daripada ahli ‘Armada’ yang telah dipecat serta aduan daripada ahli lain yang bertanyakan mengenai status pengurusan PPBM kerana mesyuarat agung sehingga kini belum dilaksanakan. — Bernama
Sumber Istilah Armada tiada dalam perlembagaan, PPBM boleh dibatal