Islam tak tolak prinsip hak asasi

Islam tak tolak prinsip hak asasi - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang Islam tak tolak prinsip hak asasi, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Islam tak tolak prinsip hak asasi
link : Islam tak tolak prinsip hak asasi

Baca juga


Islam tak tolak prinsip hak asasi

KUALA LUMPUR : Masyarakat Islam di negara ini perlu diberi kefahaman jelas dalam menterjemahkan pendekatan Islam sebenar dalam mendepani prinsip hak asasi manusia.

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, menjelaskan Islam sama sekali tidak pernah membelakangkan atau menolak secara keseluruhan perkara yang sering dikaitkan dengan hak asasi manusia.

Bagaimanapun, yang diajar Islam, dalam membudayakan prinsip itu, terutama di negara dihuni pelbagai etnik dan peganut, Islam ada had dan batasan yang perlu dipatuhi.

"Ya..betul. Kebenaran undang-undang negara ada di sana yang membincangkan mengenai soal hak asasi manusia. Hak asasi juga ada dalam Islam iaitu kita wajib menjaga lima perkara ini iaitu agama, nyawa, akal, keturunan dan harta.

"Namun, Islam menetapkan had dan batas dalam soal hak asasi," katanya sambil memaklumkan biarpun had itu ditetapkan dalam Islam, namun ia tetap menjamin serta menjaga hak penganut lain.

Beliau berkata demikian ketika menjadi panel pada sesi kluster agama bersempena Konvensyen Pemerkasaan Agenda Ummah 3.0 yang , berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini, hari ini.

Moderator sesi itu adalah Ahli Majlis Tertinggi UMNO yang juga Timbalan Menteri Luar, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican.

Mengulas lanjut, Jamil berkata kaedah dan pendekatan dakwah digunakan orang Islam terhadap panganut agama lain akan menentukan sejauhmana ia mampu memberi gambaran sebenar tentang Islam atau sebaliknya.

Beliau juga yakin konsep wasatiyah atau kesederhanaan yang diketengahkan kerajaan ketika ini mampu menampilkan kualiti sebenar Islam, selain memerangi penularan fahaman ekstremisme atau Daesh.

Konvensyen berlansung selama sehari itu dihadiri 1,500 jurucakap Perhimpunan Agung UMNO (PAU), pemimpin kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Sementara itu, EXCO Pemuda UMNO, Rahman Hussein, yang menjadi antara pembahas pada PAU 2017 nanti, menyifatkan konvensyen itu ruang terbaik kepada jurucakap mendapatkan maklumat apa yang perlu diberi fokus pada perbahasan PAU nanti.

Beliau berkata, empat teras utama iaitu agama, politik, pendidikan dan ekonomi yang menjadi fokus utama dalam konvensyen kali ini, merangkumi segenap isu yang dihadapi rakyat.

"Di sinilah, isu ekonomi dikupas dan dibincangkan dengan lebih jelas. Apatah lagi panel yang diundang juga adalah terdiri daripada kalangan barisan menteri," katanya.



Sumber Islam tak tolak prinsip hak asasi


Demikianlah Artikel Islam tak tolak prinsip hak asasi

Sekianlah artikel Islam tak tolak prinsip hak asasi kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates: