Judul : Ini Sebab Kenapa Nama Proton Ditukar
link : Ini Sebab Kenapa Nama Proton Ditukar
Ini Sebab Kenapa Nama Proton Ditukar
Masyarakat Cina ada cara sebutan sendiri untuk tempat atau jenama. Contoh: Chichang Jie (Petaling Street) Baishi Kele (Pepsi Cola) Jilongpo (Kuala Lumpur) Kekou Kele (Coca Cola) Sarawak (Shalaoyue).
Pasal hal Proton tu, CEOnya cadang tukar sebutan nama dalam bahasa Cina kepada yang baru, sebab sebutan yang diguna sekarang maksudnya tidak berapa sesuai. Tukar dari “Pu Teng” kepada “Bao Teng”. “Bao” bermaksud “Khazanah” atau “Harta Benda” manakala “Pu” membawa maksud “Biasa”. Jadi bukannya nak tukar nama Proton itu sendiri. Hanya sebutan dalam bahasa Cina sahaja. Strategi pemasaran untuk “tap the market of Chinese speakers”.
Tahukah anda model Mitsubishi “Pajero” di sesetengah negara berbahasa Sepanyol dalam slanga tempatan bermaksud “Masturbator”? Model Toyota “Fiera” di Puerto Rico bermaksud “Perempuan Tua Hodoh” & model Ford “Pinto” dalam slanga Portugis Brazil bermaksud “Zakar Kecil”.
Pengeluar-pengeluar kereta ini terpaksa menukar nama baru yang lebih sesuai untuk “adapt” dengan pasaran tempatan kerana jualan yang rendah, kerana nama asal membawa maksud yang tidak baik & “inappropriate” di negara-negara berkenaan. Boleh rujuk pautan di bawah.
http://ift.tt/2hVR9yW
Taufiq Bin Abdul Fattah
Sumber Ini Sebab Kenapa Nama Proton Ditukar