Industri minyak sawit lestari, Musa beritahu perwakilan EU

Industri minyak sawit lestari, Musa beritahu perwakilan EU - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang Industri minyak sawit lestari, Musa beritahu perwakilan EU, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Industri minyak sawit lestari, Musa beritahu perwakilan EU
link : Industri minyak sawit lestari, Musa beritahu perwakilan EU

Baca juga


Industri minyak sawit lestari, Musa beritahu perwakilan EU

Ketua menteri Sabah berkata kempen negatif boleh menjejaskan harga CPO dunia, yang akan memberi kesan kepada pekebun kecil yang bergantung pada minyak sawit.

musa-aman

PETALING JAYA: Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman hari ini menyeru kempen terhadap industri minyak sawit oleh anggota Kesatuan Eropah (EU) dihentikan, dan berkata kerajaan negeri akan mengambil langkah memastikan industri itu kekal lestari.

Menyambut delegasi para duta EU di Kota Kinabalu, beliau berkata kerajaan Sabah melancarkan program pada 2015 memastikan semua minyak sawit mentah yang dihasilkan di negeri itu menerima sijil minyak sawit lestari (CSPO).

Sabah turut mendapat sokongan Rundingan Meja Bulat Tentang Minyak Sawit Lestari (RSPO) sebagai panduan dalam proses CSPO, tambahnya.

“Saya benar-benar berharap negara anggota EU akan berfikiran terbuka tentang perkara ini,” katanya.

RSPO merupakan pertubuhan bukan berteraskan keuntungan yang menghimpunkan pengeluar minyak sawit, pemproses atau pedagang, pengilang barangan pengguna, peruncit, bank dan pelabur, dan NGO alam sekitar dan masyarakat, untuk membangunkan dan melaksanakan piawaian sejagat untuk minyak sawit lestari.

Malaysia mengiatkan usaha mempertahankan industri minyak sawit di tengah-tengah kebimbangan mengenai kelestarian.

Usaha itu berikutan resolusi yang diluluskan EU pada April, menyeru piawaian alam sekitar yang lebih ketat ke atas minyak sawit.

Bloomberg pada 20 November lalu melaporkan Parlimen Eropah meluluskan resolusi tidak mengikat menggesa cabang eksekutif blok itu meningkatkan usaha menghalang pembasmian hutan akibat pengeluaran minyak sawit.

Naib Presiden Persidang Ahli Parlimen Asia Pasifik tentang Alam Sekitar dan Pembangunan, Marcus Mojigoh pada Oktober berkata, Malaysia akan kerugian RM10 bilion eksport, bersamaan 15% daripada eksport keseluruhan, jika resolusi itu diluluskan.

Majoriti minyak sawit Malaysia dieksport ke EU untuk kegunaan biodiesel.

Selepas India, EU merupakan pasaran eksport kedua terbesar Malaysia, mewakili 2,059,207 tan produk minyak sawit pada 2016, menurut data Lembaga Minyak Sawit Malaysia. China berada di tempat ketiga.

Musa berkata malang sekali beberapa negara anggota EU melakar imej industri yang buruk dalam usaha untuk memboikot.

Beliau berkata kempen negatif boleh menjejaskan harga minyak sawit mentah (CPO) dunia, yang akan memberi kesan kepada pekebun kecil yang bergantung kepada minyak sawit.

“Ini bermakna mereka dan keluarga mereka hilang pendapatan,” tambahnya.

Menurut Musa, Malaysia mempunyai 680,000 pekebun kecil minyak sawit, di mana 200,000 dari Sabah, pengeluar CPO terbesar negara.

Beliau berkata Sabah memiliki amalan pengurusan hutan dan pemeliharaan alam sekitar yang antara terbaik di rantau ini, dan kerajaan negeri mewartakan 26% daripada daratan Sabah sebagai kawasan terlindung penuh (TPA).

Peraturan itu mengatasi sasaran 10% yang ditetapkan Kesatuan Pemeliharaan Alam Sekitar Antarabangsa (IUCN), tambahnya.

“Kami sebenarnya menyasarkan 30% atau 2.2 juta hektar yang kami yakin dapat dicapai dalam tempoh 5 tahun akan datang, atau lebih awal dari itu.”

Tambahan pula, Sabah memulihkan dan menanam hutan melebihi 700,000 hektar, barangkali usaha terbesar seumpamanya di kawasan tropika.

“Saya mesti kongsi cerita pengurusan hutan di Sabah supaya anda boleh sampaikan kepada masyarakat Eropah. Usaha bersepadu dengan hasil kukuh sedang dijalankan dan dunia mesti tahu mengenainya.”

Ketua EU di Malaysia, Mara Costello Fernandez di pertemuan itu memberitahu Musa tiada boikot industri minyak sawit secara rasmi oleh negara anggota EU.

Bagaimanapun, isu minyak sawit dan pembasmian hutan ada didebatkan, tambahnya.

“Kami mahu mendekati pihak berkepentingan di Malaysia dan mengadakan dialog untuk memahami industri itu dengan lebih baik supaya boleh kami jelaskan kepada masyarakat Eropah,” katanya.


The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.



Sumber Industri minyak sawit lestari, Musa beritahu perwakilan EU


Demikianlah Artikel Industri minyak sawit lestari, Musa beritahu perwakilan EU

Sekianlah artikel Industri minyak sawit lestari, Musa beritahu perwakilan EU kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates: