Hetty Koes Endang bawa limau manis untuk Siti Nurhaliza

Hetty Koes Endang bawa limau manis untuk Siti Nurhaliza - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang Hetty Koes Endang bawa limau manis untuk Siti Nurhaliza, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Hetty Koes Endang bawa limau manis untuk Siti Nurhaliza
link : Hetty Koes Endang bawa limau manis untuk Siti Nurhaliza

Baca juga


Hetty Koes Endang bawa limau manis untuk Siti Nurhaliza

Walaupun sibuk, bintang legenda Indonesia, Hetty Koes Endang, sempat meluangkan masa hampir sejam menziarahi Datuk Seri Siti Nurhaliza yang kini hamil lima bulan.

Dalam pertemuan berkenaan, selain berkongsi pengalaman dan menitipkan pesanan berguna buat penyanyi yang bakal bergelar ibu itu, Hetty, 60, turut menghadiahkan Siti buah limau yang begitu diidamkan olehnya.

“Puas saya berfikir, apakah buah tangan sesuai untuk diberikan pada Siti yang mungkin sudah melewati masa mengidamnya. Tiba-tiba, timbul idea untuk memberikannya limau manis. Mungkin hadiahnya tidak mahal, tetapi itulah tanda kasih sayang saya padanya.

“Apabila kami berbual di telefon, tiba-tiba Siti memberitahu dia teringin hendak makan buah limau, tetapi yang manis. Kebetulan bukan? Jadi, saya pun bawalah limau manis ke sini,” kata penyanyi lagu Berdiri Bulu Romaku ini kepada BH Online.

Sebaik saja tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sekitar tengah hari tadi, penyanyi berkenaan terus menuju ke kediaman Siti di Bukit Antarabangsa, di sini.

Dalam kunjungan berkenaan, Hetty turut ditemani pengurus yang juga anak sulungnya, Ameer Mahmed.

Kata Hetty, sejak mendapat tahu Siti kini berbadan dua, perasaannya membuak-buak untuk bertemu dengan penyanyi yang pernah mengadakan konsert dengannya di Istana Budaya, dua tahun lalu.

“Apabila mendapat tahu Siti hamil, saya berkata pada diri sendiri, saya mesti melawatnya. Tak kiralah sama ada dia terima atau tidak, saya tetap akan berjumpa dengannya.

“Selain itu, (lawatan) ini juga sebagai memenuhi permintaan suami yang mahu saya melawat Siti. Kata suami, sebagai kawan dan kebetulan saban minggu saya berada di KL atas sebab tugas, saya kena cari masa untuk ziarah Siti,” katanya sambil ketawa.

Sementara itu, Siti turut melahirkan rasa terharu atas kesudian Hetty berkunjung ke kediamannya sambil menyifatkan wanita berhati mulia itu seperti seorang ibu, kakak, teman seperjuangan dan mentor buat dirinya.

 

Sumber: BH Online



Sumber Hetty Koes Endang bawa limau manis untuk Siti Nurhaliza


Demikianlah Artikel Hetty Koes Endang bawa limau manis untuk Siti Nurhaliza

Sekianlah artikel Hetty Koes Endang bawa limau manis untuk Siti Nurhaliza kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates: