Judul : Ezani (Masterchef) Teruja Sambung Kontrak Duta Produk Pencuci
link : Ezani (Masterchef) Teruja Sambung Kontrak Duta Produk Pencuci
Ezani (Masterchef) Teruja Sambung Kontrak Duta Produk Pencuci
Tiada lain, pelantikan tersebut memberi segudang kegembiraan buat anak kelahiran Muar, Johor itu kerana tanggungjawab sebagai cef yang aktif memerlukan Ezani sentiasa menggunakan produk sabut penyental berkualiti bertujuan membersih pinggan, mangkuk, perkakas masakan dan sebagainya.
Menurut Ezani yang merupakan salah seorang bakat di bawah pengurusan SukaSucre Creatives, dia mempercayai magis produk Scotch-Brite kerana ia menjadikan gerak kerja dalam kehidupan moden ini bertukar lebih efektif, cekap dan berinovasi sama ada di rumah ataupun di dapur.
“Menariknya, produk pencuci Scotch-Brite dihasilkan dengan menekankan aspek sains dan inovasi demi memberi kepuasan buat pengguna.
Lantaran itu, saya berasa teruja apabila diberikan peluang memasuki tahun kedua bagi bergelar duta kepada sebuah jenama dikenali dan dipercayai oleh rakyat Malaysia,” kata Ezani yang juga merupakan seorang doktor gigi.
Pada majlis sama, anak bongsu daripada dua beradik itu turut menjalankan demonstrasi masakan selain berkongsi tip membersih dengan menggunakan produk Scotch-Brite bersama tetamu termasuk para media.
Ibu kepada seorang cahaya mata itu dilihat sebagai individu paling bertepatan dalam berkongsi pengalaman di dapur sekali gus mewakili jenama produk Scotch-Brite untuk kegunaan isi rumah di negara ini di samping berfungsi bagi penjimatan wang pengguna.
Sumber Ezani (Masterchef) Teruja Sambung Kontrak Duta Produk Pencuci