Drake Beri Amaran Mahu Belasah Penonton 'Kaki Raba'

Drake Beri Amaran Mahu Belasah Penonton 'Kaki Raba' - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang Drake Beri Amaran Mahu Belasah Penonton 'Kaki Raba', kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Drake Beri Amaran Mahu Belasah Penonton 'Kaki Raba'
link : Drake Beri Amaran Mahu Belasah Penonton 'Kaki Raba'

Baca juga


Drake Beri Amaran Mahu Belasah Penonton 'Kaki Raba'

Penyanyi rap popular Amerika Syarikat, Drake mengancam untuk membelasah seorang lelaki yang didakwa meraba penonton wanita.

Laporan BBC mengatakan bekas kekasih Rihanna itu mengeluarkan amaran tersebut dalam konsert jelajahnya di kelab malam Marquee di Sydney.

Dalam satu rakaman yang tular, Drake memberi arahan kepada DJ (disc jockey) untuk menghentikan muzik supaya beliau boleh bercakap dengan jelas.

"Yo, berhenti buat macam tu (meraba). Kalau awak tak berhenti meraba (penonton) perempuan, saya akan turun (dari pentas) dan belasah awak," kata Drake tanpa selindung.

Amaran Drake lantas mendapat sokongan dan sorakan penonton dan sesetengah pelayar mendakwa lelaki yang dituduh Drake juga dihalau dari konsert.

'Usaha' Drake 'memelihara kehormatan kaum wanita' nyata mendapat sokongan dan pujian warga laman sosial.

"Saya semakin bertambah suka kepada Drake," kata Mary di laman Twitter.

Bagaimanapun, Drake bukanlah satu-satunya artis yang marah dengan gelagat sesetengah penonton.

Bulan lepas, penyanyi Loyle Carner memalukan dan menghalau seorang penonton lelaki yang mengeluarkan komen seksis terhadap penari latar wanita semasa konsertnya di East Anglia, Norwich.

Ogos lalu pula, kumpulan Architects menghentikan persembahan sebentar untuk mengecam tindakan seorang penonton lelaki yang memegang buah dada seorang penonton wanita.

"Saya nampak seorang wanita sedang 'crowd surfing' di sana. Saya tak akan cakap siapa (yang meraba) tapi saya nampak awak pegang buah dada dia," kata penyanyi Architects, Sam Carter ketika itu.

"(Tindakan) awak menjijikkan," kata Sam yang ketika itu mengadakan konsert sempena Lowlands Festival di Biddinghuizen, Amsterdam.



Sumber Drake Beri Amaran Mahu Belasah Penonton 'Kaki Raba'


Demikianlah Artikel Drake Beri Amaran Mahu Belasah Penonton 'Kaki Raba'

Sekianlah artikel Drake Beri Amaran Mahu Belasah Penonton 'Kaki Raba' kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates: