Berilah kepercayaan, kerjasama kepada pasukan keselamatan

Berilah kepercayaan, kerjasama kepada pasukan keselamatan - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang Berilah kepercayaan, kerjasama kepada pasukan keselamatan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Berilah kepercayaan, kerjasama kepada pasukan keselamatan
link : Berilah kepercayaan, kerjasama kepada pasukan keselamatan

Baca juga


Berilah kepercayaan, kerjasama kepada pasukan keselamatan

TAWAU: Rakyat perlu terus meletakkan kepercayaan yang tinggi kepada pasukan keselamatan yang menjaga kedaulatan dan keamanan negara khususnya Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) di kawasan Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE).

Pembantu Menteri Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Batu, Datuk Hamisah Samat, berkata ini kerana tugas menjaga keamanan bukan mudah dan pasukan keselamatan terdedah dengan bahaya serta cabaran ketika menjalankan tugas.

"Program seperti ini adalah menjadi ruang terbaik untuk rakyat berinteraksi dengan pelbagai agensi kerajaan dan ESSCOM,  bagi mendalami tanggungjawab mereka dalam menjaga keselamatan negara, khususnya di pantai timur Sabah.

"Dalam masa sama, menerusi program ini, masyarakat juga didedahkan dengan maklumat sahih bagi mendorong mereka menyokong aspirasi dan dasar yang diperkenalkan oleh kerajaan.

"Oleh itu, saya berharap rakyat akan terus meletakkan kepercayaan kepada pasukan ESSCOM yang menggalas tanggungjawab besar dalam menjaga keamanan negara," katanya dalam sidang media selepas merasmikan Program Semarak Rakyat Bersama ESSCOM, Sabah Tanah Airku di Dataran Majlis Perbandaran Tawau, dekat sini, hari ini.

Yang turut hadir ialah Timbalan Pengarah (Perancangan Strategik) Jabatan Pencegahan Jenayah Komuniti dan Keselamatan Bukit Aman, Datuk Fatimah Abdul Hamid dan Komander ESSCOM, Datuk Hazani Ghazali.

Terdahulu, Fatimah berharap agar rakyat akan terus bersama pasukan keselamatan dalam menjaga keselamatan di samping pencegahan jenayah dan ketenteraman awam di negeri ini, khususnya di kawasan ESSZONE.

"Saya berharap masyarakat secara keseluruhannya memberi kerjasama dan sentiasa bersama pasukan keselamatan demi menjaga keamanan negeri ini," katanya.

Sementara itu, Hazani menggesa rakyat Sabah supaya terus menyokong dan memberi kerjasama kepada pasukan keselamatan dalam menjaga serta mengekalkan keamanan dan kedaulatan negara.

"Sebab itu kita mengadakan program ini agar masyarakat lebih tahu peranan kami sekali gus sama-sama menjaga keselamatan supaya keamanan yang kita kecapi sekarang ini terus berkekalan," katanya.



Sumber Berilah kepercayaan, kerjasama kepada pasukan keselamatan


Demikianlah Artikel Berilah kepercayaan, kerjasama kepada pasukan keselamatan

Sekianlah artikel Berilah kepercayaan, kerjasama kepada pasukan keselamatan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates: