Judul : Amuk lelaki ‘dalami agama’, tingkap, tabung masjid pecah
link : Amuk lelaki ‘dalami agama’, tingkap, tabung masjid pecah
Amuk lelaki ‘dalami agama’, tingkap, tabung masjid pecah
Polis Sandakan menahan seorang lelaki yang dikatakan mengamuk ketika solat Jumaat di Masjid Datuk Pengiran Galpamdi. ― Paparan skrin GoogleSANDAKAN, 5 Nov ― Seorang lelaki yang pernah mendalami ilmu keagamaan di sebuah negeri di pantai timur Semenanjung, mengamuk di masjid.
Suspek memecah tingkap kaca dan tabung ketika solat Jumaat di Masjid Datuk Pengiran Galpamdi, Batu 7 di sini, lapor Berita Harian.
Lelaki, 30, kemudian ditenangkan ahli jemaah sebelum ditangkap anggota polis yang turut bersolat di masjid sama, kelmarin.
“Berdasarkan keluarga mangsa, ia kali pertama lelaki itu bertindak demikian (mengamuk di masjid),” kata ketua polis daerah Sandakan.
ACP Mohd Azhar Hamin berkata polis masih menyiasat kejadian itu dan mengesyaki suspek mungkin mengalami tekanan.
Sumber Amuk lelaki ‘dalami agama’, tingkap, tabung masjid pecah