Judul : 5 Cara Mudah Untuk Dapatkan ‘Repeat Customer’ Dalam Bisnes.
link : 5 Cara Mudah Untuk Dapatkan ‘Repeat Customer’ Dalam Bisnes.
5 Cara Mudah Untuk Dapatkan ‘Repeat Customer’ Dalam Bisnes.
Memetik satu falsafah masyarakat Cina yang berbunyi, ‘dunia perniagaan penuh dengan tendangan. Oleh itu peniaga perlu mempersiapkan dirinya dengan seni kungfu perniagaan bagi menghadapi sebarang bentuk serangan dan kemungkinan mendatang.’
Serangan yang sering dialami oleh usahawan adalah serangan idea dalam mengekalkan pelanggan yang sedia untuk membeli produk jualan kali kedua dan seterusnya. Tetapi harus diingat mendapatkan pelanggan baru itu adalah misi utama dalam perniagaan.
Pelanggan lama telah meletakkkan kepercayaan sepenuhnya pada produk jualan anda. Mereka berikan wang pada anda kemudian menikmati produk anda atau mereka akan melupakan produk anda dan membuat pembelian dari penjual lain.
Tim Majalah Niaga akan berkongsi cara mudah yang boleh dipraktikan oleh usahawan untuk mengekalkan repeat customer dalam bisnes anda.
#1: Produk Laku Keras
Jual apa yang pelanggan mahukan bukan jual apa yang kita mahu. Kelebihan mengikut kehendak pelanggan ini akan memberi pulangan berkali-kali kerana keberangkalian pelanggan untuk mengulang belian akan berlaku.
Jenis produk sangat penting yang mempengaruhi pelanggan untuk buat repeat order. Produk perkhidmatan dan makanan mendapat tangga teratas dalam senarai belian kali kedua dan seterusnya.
Untuk produk makanan seperti produk makanan, kek, produk bina badan, produk kesihatan dan produk kecantikkan ianya mempunyai kuantiti yang terhad. Apabila habis dimakan, pelanggan akan membeli produk ini sekali lagi. Jika pelanggan suka dengan produk tersebut, mereka akan beli lagi berkali-kali.
#2- Bina Database
Rajin adalah tip utama yang diamalkan oleh peniaga Cina kerana itu setiap syarikat cina akan memiliki database sendiri untuk berhubung dengan pelanggan melalui senarai emel atau nombor telefon.
Kebaikan yang akan diperolehi hasil membangunkan database adalah mudah untuk anda salurkan maklumat seperti aktiviti syarikat, atau maklumat eksklusif mengenai promosi khas yang akan datang.
Sediakan squeeze page yang menarik untuk dapatkan database pelanggan. Anda perlu sentiasa menjaga dan bina hubungan dengan database anda.
Jangan hantar emel promosi sahaja, hantar juga emel berunsurkan perkongsian atau ucapan sempena perayaan. Hantar sekurang-kurangnya 3 kali seminggu.
#3- Teknik Referral Untuk Tarik Pelanggan Baru
Praktikkan teknik ini dalam bisnes anda dengan menghantar emel atau SMS untuk minta pelanggan memperkenalkan produk anda pada rakan-rakan mereka.
Sajikan mereka dengan insentif seperti mereka akan dapat 1 produk percuma jika mereka dapatkan 1 pelanggan untuk anda atau mereka akan dapat hadiah menarik jika berjaya menarik pelanggan baru.
Dengan cara ini, anda bukan sahaja dapat kekalkan pelanggan yang lama, anda juga dapat pelanggan yang baru.
#4-Bantu Pelanggan Buat Pilihan
Pelanggan akan membeli produk yang ditawarkan untuk mencari penyelesaian kepada masalah yang dihadapi. Sebagai penjual peranan utama adalah membantu pelanggan yakin dengan produk yang ditawarkan mampu menyelesaikan masalah yang dihadapi dan berbaloi dengan wang yang telah mereka laburkan untuk sesuatu produk itu.
Mendekati pelanggan supaya pelanggan berasa selesa untuk bertanya tentang sesuatu produk sehingga mereka yakin yang produk dijual itu mendatangkan kesan dan impak yang lebih baik diluar jangkaan mereka.
Ingat , jangan sesekali membandingkan produk anda dengan brand lain. Fokus saja tentang kelebihan produk anda, serta benefit yang mereka akan dapat jika memiliki produk anda.
#5- Bina Tawaran Eksklusif Untuk Pelanggan Anda
Membina tawaran lebih menarik daripada orang lain adalah keistemewaan yang perlu dimiliki oleh setiap peniaga. Tarikan daripada tawaran yang diberikan akan memberi impak positif kepada pelanggan tetapi harus diingat jangan selalu memberikan potongan harga tetapi gantikan dengan tawaran lain.
Contohnya tawarkan pelanggan jadi agen produk anda. Selepas pelanggan membuat pembelian dari anda, cuba hubungi dan tawarkan pada mereka untuk menjadi agen kepada produk anda.
Pemberian hadiah atau buat peraduan menang barangan atau pakej percutian adalah salah satu alternatif untuk dekatkan pelanggan dengan peniaga.
Sesekali boleh berikan tawaran diskaun untuk tempoh terhad seperti berikan kupon diskaun pada mereka. Setiap tahun anjurkan hanya sekali hari istemewa potongan diskaun sehingga 70% khas untuk pelanggan setia anda sahaja.
Sumber 5 Cara Mudah Untuk Dapatkan ‘Repeat Customer’ Dalam Bisnes.