3 pengedar NSTP dapat baucar beli-belah

3 pengedar NSTP dapat baucar beli-belah - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang 3 pengedar NSTP dapat baucar beli-belah, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : 3 pengedar NSTP dapat baucar beli-belah
link : 3 pengedar NSTP dapat baucar beli-belah

Baca juga


3 pengedar NSTP dapat baucar beli-belah

KUANTAN: Jabatan Pengedaran dan Jualan Akhbar The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP) memberi ganjaran kepada tiga wakil pengedar yang komited membantu meningkatkan penjualan akhbar terbitan syarikat berkenaan.

Rosmalina Hanafi, 37, dari Balok, dekat sini; Salina Abd Rahim, 52, dari FELDA Chini 2, Pekan; dan Wong Chee Meng, 32, dari Air Putih, di sini, masing-masing menerima baucar membeli-belah bernilai RM600.

Mereka adalah pemenang Pertandingan Ganjaran Nilai Berganda Jabatan Pengedaran dan Jualan Akhbar NSTP yang diadakan selama tiga bulan bermula April hingga Jun lalu.

Rosmalina ditemui, berkata ganjaran itu menjadi pembakar semangat buatnya meningkatkan jualan akhbar BH, NST dan Harian Metro di sekitar bandar ini.

Beliau yang menjalankan perniagaan kedai runcit sejak 15 tahun lalu bersama suami, Zulmadi Jaafar, 49, di Balok Perdana, berkata masyarakat masih memilih akhbar terbitan NSTP untuk dijadikan bahan bacaan dan penjualannya masih mendapat sambutan.

"Setakat ini, saya menjadi wakil pengedar kepada 10 kedai dan premis sekitar Gebeng hingga Sungai Ular, dekat sini.

"Berdasarkan pemantauan, penjualan akhbar NSTP meningkat terutama di stesen minyak. Kita harap pertandingan seperti ini diteruskan supaya dapat memberi galakan kepada wakil pengedar di seluruh negara membantu meningkatkan penjualan akhbar arus perdana," katanya.

Salina berkata, mereka menghargai inisiatif saling memanfaatkan yang disediakan jabatan itu kepada pengedar dalam usaha meningkatkan jualan akhbar terbitan syarikat.

"Ia turut menguntungkan saya sebagai pengedar akhbar dan pada masa sama dapat baucar untuk memberi barangan keperluan harian dan menjimatkan perbelanjaan bulanan.

"Peningkatan hasil jualan akhbar meningkatkan pendapatan kami," katanya.

Sementara itu, Ketua Pemasaran Dagangan Jabatan Pengedaran dan Jualan Akhbar NSTP, Mohd Fikre Hashim, berkata pertandingan itu bertujuan meningkatkan kuantiti jualan akhbar terbitan syarikat selain memberi ganjaran kepada mereka yang mencapai sasaran jualan.

"Pertandingan ini adalah inisiatif syarikat untuk menghargai wakil pengedar yang sentiasa menyokong kita dari dulu hingga sekarang.

"Mereka yang menyertai pertandingan ini perlu mematuhi syarat ditetapkan iaitu meningkatkan tempahan akhbar sebanyak mungkin dan memastikan jualannya terus meningkat dari masa ke masa," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Seramai 184 wakil pengedar akhbar terbitan syarikat itu di seluruh negara menyertai pertandingan itu manakala seramai 12 daripada 70 pengedar akhbar di Pahang layak menyertainya.

Mohd Fikre berkata, pertandingan itu secara keseluruhan mendapat impak positif daripada segi peningkatan jualan akhbar di setiap premis dan kedai wakil pengedar, selain menggalakkan daya saing dalam kalangan mereka.



Sumber 3 pengedar NSTP dapat baucar beli-belah


Demikianlah Artikel 3 pengedar NSTP dapat baucar beli-belah

Sekianlah artikel 3 pengedar NSTP dapat baucar beli-belah kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :