Ulama hina wanita tak boleh memandu kerana otak kecil digantung tugas

Ulama hina wanita tak boleh memandu kerana otak kecil digantung tugas - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang Ulama hina wanita tak boleh memandu kerana otak kecil digantung tugas, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Ulama hina wanita tak boleh memandu kerana otak kecil digantung tugas
link : Ulama hina wanita tak boleh memandu kerana otak kecil digantung tugas

Baca juga


Ulama hina wanita tak boleh memandu kerana otak kecil digantung tugas

Seorang pendakwah Arab Saudi dilarang menjalankan aktiviti agama selepas berkata wanita tidak patut dibenarkan memandu kerana otak mereka kecil berbanding lelaki apabila beli-belah.

Saad Al-Hijri digantung daripada semua aktiviti agama selepas tidak bersetuju wanita dibenarkan memandu dalam ucapan yang disifatkan mengandungi ulasan ‘merendahkan nilai manusia’, lapor stesen penyiar yang memetik jurucakap gabenor Wilayah Asir.

Baca artikel sebelum: “Wanita tak patut dibenarkan memandu kerana kekuatan otak wanita hanya separuh dari otak lelaki” – Ulama Arab Saudi

Arab Saudi adalah satu-satunya negara yang melarang wanita memandu di sebalik usaha kerajaan meningkatkan peranan mereka, terutama dalam bidang pekerjaan.

Dalam video yang memperkenalkan beliau sebagai ketua Jabatan Mufti di wilayah selatan Arab Saudi itu, Al-Hijri ditanya apa perlu dilakukan jabatan trafik jika menemui lelaki dengan ‘separuh otak’.

“Adakah ia (jabatan) akan memberi lesen (memandu) kepada beliau atau tidak? Pasti tidak. Bagaimana boleh berikan lesen kepada mereka yang cuma ada ‘separuh otak’?

“Jika wanita ke pasar, ia hilang separuh lagi. Apa yang tinggal? Cuma suku. Kami mendesak jabatan trafik memeriksa kerana wanita tidak sesuai memandu dan mereka cuma ada ‘suku otak’,” katanya.

Ulasan itu mencetuskan kemarahan di media sosial yang amat popular di negara itu.

Pengguna Twitter berkongsi video berkenaan, ramai mengecamnya dan membuat jenaka mengenai kenyataan itu dengan ‘hashtag’ dalam bahasa Arab #Al-Hijri_wanita_suku_otak.

Sebahagian pengguna menyiarkan gambar saintis dan pakar akademik wanita popular Arab Saudi sebagai reaksi dan mempersoalkan kelayakan intelektual Al-Hijri.

Penggantungan tugas beliau seperti diarahkan gabenor, bertujuan menghalang penyebaran pandangan yang mencetuskan kontroversi dan tidak mewakili kepentingan negara, kata jurucakap menurut akaun Twitter rasmi saluran Ekhbariya TV. – Reuters

Sumber: Mynewshub



Sumber Ulama hina wanita tak boleh memandu kerana otak kecil digantung tugas


Demikianlah Artikel Ulama hina wanita tak boleh memandu kerana otak kecil digantung tugas

Sekianlah artikel Ulama hina wanita tak boleh memandu kerana otak kecil digantung tugas kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :