SPRM tahan setiausaha politik menteri, bantu siasatan penyelewengan RM40 juta

SPRM tahan setiausaha politik menteri, bantu siasatan penyelewengan RM40 juta - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang SPRM tahan setiausaha politik menteri, bantu siasatan penyelewengan RM40 juta, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : SPRM tahan setiausaha politik menteri, bantu siasatan penyelewengan RM40 juta
link : SPRM tahan setiausaha politik menteri, bantu siasatan penyelewengan RM40 juta

Baca juga


SPRM tahan setiausaha politik menteri, bantu siasatan penyelewengan RM40 juta

KEPALA BATAS: Suruhanjaya Pencegahan  Rasuah Malaysia (SPRM) telah menahan seorang setiausaha politik kepada seorang menteri di ibu pejabat suruhanjaya berkenaan di Putrajaya hari ini.

Lelaki berusia 61 tahun yang bergelar "Datuk" itu ditahan kira -kira jam 12.30 tengahari tadi bagi membantu siasatan  berhubung penyelewengan wang peruntukan Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK)  bernilai hampir RM40 juta.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Dzulkifli Ahmad berkata, penahanan lelaki itu dibuat susulan penahanan empat individu sebelum ini yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kes penyelewengan terbabit.

Dzulkifli berkata penahanan itu buat  di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM dan beliau akan dibawa ke Mahkamah di Putrajaya esok untuk mendapatkan perintah reman bagi membantu siasatan.

"Hari ini SPRM telah membuat satu tangkapan baharu, terhadap seorang setiausaha politik sebuah kementerian terlibat  dalam kes melibatkan PTPK yang sebelum ini kita telah tangkap seramai empat orang dan buat tangkapan sebelum ini.

"Mereka telah direman dan dilepaskan dengan jaminan, ini adalah tangkapan kelima, yang kita tahan pada jam 12.30  tenghari satu kementerian, esok kita akan memfailkan reman bagi tujuan siasatan lanjut," katanya selepas Program Kembara Jelajah Anti Rasuah 2017 di Sekolah Kebangsaan Hashim Awang, di sini hari ini.

Menurut Dzulkifli, difahamkan, lelaki itu telah berkhidmat sebagai pembantu menteri di kementerian itu sejak 1 Jun 2013.

Sementara itu, beliau juga tidak menolak kemungkinan lebih ramai akan ditahan berhubung kes tersebut.

Difahamkan penahanan individu kelima itu berkaitan dengan penangkapan empat individu sebelum ini termasuk seorang 'Datuk'  berusia 58 tahun, seorang setiausaha korporat, 34, seorang pembantu kewangan, 32 dan seorang pengarah syarikat, 38.

Dana berkenaan dikatakan bertujuan untuk disalurkan kepada sebuah syarikat yang terlibat dalam program latihan kemahiran.



Sumber SPRM tahan setiausaha politik menteri, bantu siasatan penyelewengan RM40 juta


Demikianlah Artikel SPRM tahan setiausaha politik menteri, bantu siasatan penyelewengan RM40 juta

Sekianlah artikel SPRM tahan setiausaha politik menteri, bantu siasatan penyelewengan RM40 juta kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates: