Kaki, tangan dan kepala mangsa dibaham buaya di Pusa, Sarawak ditemui

Kaki, tangan dan kepala mangsa dibaham buaya di Pusa, Sarawak ditemui - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang Kaki, tangan dan kepala mangsa dibaham buaya di Pusa, Sarawak ditemui, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kaki, tangan dan kepala mangsa dibaham buaya di Pusa, Sarawak ditemui
link : Kaki, tangan dan kepala mangsa dibaham buaya di Pusa, Sarawak ditemui

Baca juga


Kaki, tangan dan kepala mangsa dibaham buaya di Pusa, Sarawak ditemui

BENTONG: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa serangan buaya di Kampung Hulu Tambak, Pusa yang memasuki hari ketiga hari ini berjaya menemui beberapa cebisan anggota badan mangsa, termasuk kepala.

Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Negeri, Tiong Ling Hii berkata, cebisan anggota badan itu ditemui kira-kira 20 kilometer di hulu sungai, dari lokasi dia diserang.

"Sekitar jam 1 petang tadi, kita dimaklumkan pasukan SAR telah menemui anggota badan iaitu kaki kiri mangsa.

"Tepat jam 2.23 petang pula, pasukan terlibat menemui tangan kanan sebelum menemui kepalanya sekitar jam 3.05 petang.

Mangsa sebelum itu disambar buaya ketika sedang memancing dengan sepupunya di tebing Sungai Kuala Besar, 24 September lalu. -Foto Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak
Mangsa sebelum itu disambar buaya ketika sedang memancing dengan sepupunya di tebing Sungai Kuala Besar, Kampung Hulu Tambak, dekat sini sekitar jam 3.30 petang pada 24 September lalu.

Kejadian dikatakan berlaku terlalu pantas menyebabkan sepupunya yang berada pada jarak kurang satu meter di sebelah mangsa tidak dapat berbuat apa-apa.

Jabatan Bomba dan Penyelamat kemudian dimaklumkan tentang kejadian tersebut pada jam 5.30 petang sebelum mengaktifkan gerakan SAR.

"Ketika ini operasi masih diteruskan untuk mengesan beberapa anggota badan lain mangsa yang masih hilang.

"Selain bomba, turut terlibat ialah anggota Polis Diraja Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam dan sekitar 100 penduduk kampung, dengan 20 bot persendirian dan satu bot pukat.

Identiti mangsa sebelum ini telah dikenal pasti sebagai Bentayan Ilah, 31 tahun.

"Setakat ini, anggota badan yang ditemui telah disahkan oleh keluarga mangsa," kata Ling Hii lagi.



Sumber Kaki, tangan dan kepala mangsa dibaham buaya di Pusa, Sarawak ditemui


Demikianlah Artikel Kaki, tangan dan kepala mangsa dibaham buaya di Pusa, Sarawak ditemui

Sekianlah artikel Kaki, tangan dan kepala mangsa dibaham buaya di Pusa, Sarawak ditemui kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates: