Rakan senegara dibunuh, hanya kerana kuihnya lebih laris

Rakan senegara dibunuh, hanya kerana kuihnya lebih laris - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang Rakan senegara dibunuh, hanya kerana kuihnya lebih laris, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Rakan senegara dibunuh, hanya kerana kuihnya lebih laris
link : Rakan senegara dibunuh, hanya kerana kuihnya lebih laris

Baca juga


Rakan senegara dibunuh, hanya kerana kuihnya lebih laris

SHAH ALAM: Seorang lelaki Bangladesh dibunuh dengan kejam oleh rakan  senegara semata-mata kerana 'iri hati' jualan kuih tradisionalnya tidak selaris kuih si mangsa. 

Mayat lelaki itu dijumpai di dalam longkang di hadapan sebuah masjid di Seksyen 27 di sini petang tadi.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, ACP Shafien Mamat berkata mangsa lelaki itu berumur 30an yang menjalankan perniagaan menjual sejenis kuih tradisional dari Bangladesh di Seksyen 27 di sini, dibunuh pada Khamis lalu oleh suspek yang turut menjalankan perniagaan yang sama .

"Mangsa mati akibat kecederaan di kepala akibat dihentak dengan penukul. Mayat mangsa juga ditetak,  dilipatkan, dan dibungkus dengan guni sebelum dibuang ke dalam longkang di hadapan Masjid Baitul Mahabbah di sini.

"Penemuan mayat mangsa adalah susulan daripada majikan mangsa yang membuat laporan polis pada tengah hari tadi bahawa mangsa tidak datang bekerja sejak Khamis lalu (21 Sept).

"Majikan mangsa turut membawa dua suspek lelaki warga Bangladesh berusia 30an yang didakwanya telah mengaku membunuh mangsa. 

“Suspek kemudian membawa polis ke lokasi mayat mangsa dibuang pada kira-kira pukul 2 petang tadi," katanya ketika ditemui pemberita di lokasi berkenaan di sini hari ini.

Tambah Shafien melalui siasatan awal polis mendapati salah seorang suspek iri hati apabila jualan kuih mangsa mendapat sambutan lebih baik daripada kuih jualan suspek.

"Kedua-dua mereka menjual sejenis kuih tradisional dari Bangladesh.  

"Suspek kemudian telah memanggil mangsa datang ke rumahnya di Taman Bunga Negara di sini pada Khamis kira-kira pukul 11 pagi dan membunuh mangsa.

“Mayat mangsa dibuang di dalam longkang di sini dengan bantuan suspek kedua pada kira-kira pukul 1.30 petang hari yang sama," katanya.

Kata Shafien dengan penangkapan dua suspek itu kes berkenaan dianggap selesai.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh," katanya.

-- BERNAMA



Sumber Rakan senegara dibunuh, hanya kerana kuihnya lebih laris


Demikianlah Artikel Rakan senegara dibunuh, hanya kerana kuihnya lebih laris

Sekianlah artikel Rakan senegara dibunuh, hanya kerana kuihnya lebih laris kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :