PR1MA cadang rancang dua perbandaran baharu di Pulau Pinang, Perak

PR1MA cadang rancang dua perbandaran baharu di Pulau Pinang, Perak - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang PR1MA cadang rancang dua perbandaran baharu di Pulau Pinang, Perak, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : PR1MA cadang rancang dua perbandaran baharu di Pulau Pinang, Perak
link : PR1MA cadang rancang dua perbandaran baharu di Pulau Pinang, Perak

Baca juga


PR1MA cadang rancang dua perbandaran baharu di Pulau Pinang, Perak

PETALING JAYA: Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA) merancang untuk membangunkan dua perbandaran baharu, masing-masing di Teluk Kumbar, Pulau Pinang dan Teluk Intan, Perak.

Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Abdul Mutalib Alias berkata perbandaran di Teluk Intan dijangka dibangunkan di atas kawasan seluas 56.8 hektar merangkumi pembangunan bercampur komersial dan kediaman, manakala di Teluk Kumbar pula dirancang di atas kawasan seluas 44.2 hektar.

"Kami sedang menunggu kelulusan daripada kerajaan negeri yang berkenaan," katanya pada sidang media, di sini hari ini.

Terdahulu Abdul Mutalib mewakili PR1MA menandatangani memorandum perjanjian dengan Institut Perancang Malaysia (MIP) yang diwakili Presidennya Ihsan Zainal Mokhtar bagi memulakan Pertandingan Idea Perbandaran PR1MA-MIP 2017/2018.

Bertemakan 'Youth in Community - Why I See', pertandingan mempelawa belia, siswazah muda dan firma perancang baharu untuk menghasilkan perbandaran yang dapat meningkatkan semangat masyarakat dalam pembangunan yang dirancang baik, lestari dan berdaya tahan.

"PR1MA percaya golongan muda memainkan peranan penting dalam masyarakat. Pertandingan ini akan membolehkan mereka menterjemahkan aspirasi mereka dalam reka bentuk yang bukan sahaja mencerminkan keperluan serta minat mereka tetapi juga peranan golongan itu dalam masyarakat," katanya.

Pertandingan itu menawarkan hadiah wang tunai lebih RM100,000 dan maklumat lanjut boleh didapati menerusi laman sesawang PR1MA di https://www.pr1ma.my/.

-- BERNAMA



Sumber PR1MA cadang rancang dua perbandaran baharu di Pulau Pinang, Perak


Demikianlah Artikel PR1MA cadang rancang dua perbandaran baharu di Pulau Pinang, Perak

Sekianlah artikel PR1MA cadang rancang dua perbandaran baharu di Pulau Pinang, Perak kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :