Penduduk Kedah takut banjir besar 2010 berulang

Penduduk Kedah takut banjir besar 2010 berulang - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang Penduduk Kedah takut banjir besar 2010 berulang, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Penduduk Kedah takut banjir besar 2010 berulang
link : Penduduk Kedah takut banjir besar 2010 berulang

Baca juga


Penduduk Kedah takut banjir besar 2010 berulang

Anggota bomba mendukung seorang warga emas, Tan Siew Kee, 91, ekoran rumahnya dinaiki air di Kampung Seberang Perak, Kedah, 21 September 2017. — Foto BernamaAnggota bomba mendukung seorang warga emas, Tan Siew Kee, 91, ekoran rumahnya dinaiki air di Kampung Seberang Perak, Kedah, 21 September 2017. — Foto BernamaJITRA, 24 Sept — Banjir kilat yang melanda Kedah ketika ini sehingga mengakibatkan beribu-ribu mangsa dipindahkan, menimbulkan kebimbangan penduduk akan berulangnya bencana banjir besar yang berlaku pada 2010.

Seorang penduduk, Jamilah Ismail, 50, berkata walaupun hanya dilanda banjir kilat, ia mengingatkannya akan tragedi yang menimpa tujuh tahun lalu sehingga mengakibatkan dia kerugian puluhan ribu ringgit.

“Pada ketika itu saya baru membeli rumah saya, tidak sampai setahun...semua perabot dan barangan elektrik pun masih baharu... tapi air naik terlalu cepat sampai enam kaki sehingga kami tidak mampu menyelamatkan apa-apa,” katanya ketika ditemui di pusat pemindahan di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Mahawanga, di sini hari ini.

Dia yang tinggal di Taman Seri Utama dekat sini berkata setiap kali musim hujan terutamanya menjelang bulan Oktober, dia dan jiran-jiran akan meletakkan barangan di tempat tinggi kerana khuatir air naik dengan cepat memandangkan kawasan perumahan mereka yang dekat dengan Sungai Bata.

Banjir besar pada 2010 menyaksikan lebih 50,000 penduduk di negeri ini dipindahkan ke beratus-ratus pusat pemindahan banjir dengan daerah Kubang Pasu paling teruk terjejas.

Bencana turut mengakibatkan beberapa jalan dan laluan utama termasuk Lebuh Raya Utara-Selatan ditutup kerana ditenggelami air selain beberapa penerbangan di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim di Kepala Batas terpaksa dibatalkan apabila air mula naik ke landasan.

Setakat 8 pagi tadi, jumlah mangsa banjir kilat di 21 pusat pemindahan di negeri ini ialah seramai 2,873 orang berbanding 2,751 semalam, melibatkan 878 keluarga.

Seorang lagi penduduk, Jamilah Bibi Baberu, 52, berkata dia rasa takut setiap kali musim hujan kerana masih terbayang-bayang situasi ketika banjir besar melanda pada 2010.

“Selama hampir seminggu kami ditempatkan di pusat pemindahan banjir… kereta saya rosak teruk dan motosikal ditenggelami air… rumah saya pula terpaksa dicat semula sebab cat sudah rosak kerana hampir seminggu air tak surut,” katanya.

Dia turut meminta kerajaan negeri mempercepat pembinaan projek Rancangan Tebatan Banjir di kawasan itu bagi mengelakkan banjir buruk sekiranya hujan lebat berterusan.

Sementara itu Pegawai Pertahanan Awam daerah Kubang Pasu Kapten Kamalruzamal Kasa berkata, seramai 100 anggotanya kini dalam keadaan bersiap sedia 24 jam untuk melakukan operasi banjir kilat berikutan keadaan cuaca yang tidak menentu sekarang.

“Anggota turut ditempatkan di setiap pusat pemindahan banjir bagi melakukan kerja-kerja memantau, menyelamat dan lain-lain khidmat yang diperlukan,” katanya. — Bernama



Sumber Penduduk Kedah takut banjir besar 2010 berulang


Demikianlah Artikel Penduduk Kedah takut banjir besar 2010 berulang

Sekianlah artikel Penduduk Kedah takut banjir besar 2010 berulang kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :