Najib lantik Khalid jadi Pengerusi Prasarana

Najib lantik Khalid jadi Pengerusi Prasarana - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang Najib lantik Khalid jadi Pengerusi Prasarana, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Najib lantik Khalid jadi Pengerusi Prasarana
link : Najib lantik Khalid jadi Pengerusi Prasarana

Baca juga


Najib lantik Khalid jadi Pengerusi Prasarana

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini mengumumkan pelantikan Tan Sri Khalid Abu Bakar sebagai Pengerusi Kumpulan Prasarana Malaysia Bhd yang baharu.

Dalam satu kenyataan, Najib turut mengumumkan pelantikan Khalid sebagai Duta Khas bagi meningkatkan hubungan dan kerjasama negara dengan masyarakat antarabangsa dalam usaha memerangi keganasan, fahaman pelampau dan pemerdagangan manusia.

“Ini memandangkan pengalaman luas serta hubungan baik Tan Sri Abu Bakar dengan agensi antarabangsa sepanjang tempoh perkhidmatannya sebagai Ketua Polis Negara dalam menangani masalah itu,” katanya.

Khalid bersara wajib pada 4 September (semalam). Khalid yang berasal dari Seremban, Negeri Sembilan, menyertai pasukan polis sebagai inspektor pada 5 Disember 1976.

Najib berkata, pelantikan Khalid sebagai Pengerusi Prasarana adalah bagi menggantikan Tan Sri Ismail Adam yang tamat tempoh pelantikan pada 31 Ogos 2017.

“Tan Sri Khalid Abu Bakar akan meneruskan misi dan visi Prasarana untuk membina dan menyediakan perkhidmatan pengangkutan awam yang bertaraf dunia serta peningkatan penggunaan pengangkutan awam,” katanya.

Najib bagi pihak kerajaan turut merakamkan ucapan terima kasih kepada Ismail atas sumbangan beliau menjayakan misi dan visi Prasarana sepanjang tempoh perkhidmatannya. – BERNAMA

 

Sumber: BH Online



Sumber Najib lantik Khalid jadi Pengerusi Prasarana


Demikianlah Artikel Najib lantik Khalid jadi Pengerusi Prasarana

Sekianlah artikel Najib lantik Khalid jadi Pengerusi Prasarana kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :