Malaysia Sedia Terima Pelarian Rohingya

Malaysia Sedia Terima Pelarian Rohingya - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang Malaysia Sedia Terima Pelarian Rohingya, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Malaysia Sedia Terima Pelarian Rohingya
link : Malaysia Sedia Terima Pelarian Rohingya

Baca juga


Malaysia Sedia Terima Pelarian Rohingya

Malaysia bersedia menerima lebih ramai pelarian Rohingya ke dalam negara susulan keadaan yang semakin meruncing di Myanmar, kata Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed.

Bagaimanapun, beliau pada masa sama, turut menyuarakan kebimbangan kerana dikhuatiri pelarian yang memasuki ke negara adalah di kalangan pemberontak.

Setakat ini, sebanyak 56,000 kad Pesuruhjaya Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR) telah diedarkan kepada pelarian Rohingya yang memberikan kebebasan untuk mereka tinggal di negara ini.

“Kita juga kena berhati-hati walaupun kita akan menerima mana-mana pelarian Rohingya atas dasar perikemanusiaan tetapi daripada jumlah itu, ia memberikan kebimbangan kepada kita kerana mungkin ada di kalangan pelarian itu yang bersimpati dengan pemberontak yang aktif di negara mereka.

“Kejadian di kubur Wang Kelian pada tahun 2015, memang boleh katakan sering kapal-kapal dari Myanmar yang terkandas dan mendarat di pantai  Malaysia tetapi selepas tahun 2015 tidak ada,”‘ kata beliau yang ditemui selepas majlis pelancaran Mini Karnival #kitapulai, di sini, Sabtu.

“Jadi kita menjangka mungkin ada (pelarian) juga selepas ini kerana keadaan yang berlaku di Myanmar terhadap etnik Rohingya,” tambahnya lagi.

Justeru, Nur Jazlan berkata KDN bersama UNHCR sedang menjalankan program mengesan pelarian bagi mengetahui jumlah yang telah memasuki negara.

Selain itu, ia bertujuan untuk mendaftarkan mereka dengan pengenalan digital dan memastikan mereka merupakan pelarian yang sebenar, bukan di kalangan pemberontak atau migran ekonomi.

“Kerajaan sedang jalankan program kesan pelarian yang boleh kita ketahui jumlah mereka serta sama ada mereka benar-benar pelarian Rohingya kerana terdapat mungkin juga antara mereka yang mendaftar dengan UNHCR adalah migran ekonomi tetapi berselindung di sebalik status pelarian,” katanya. -Bernama

Sumber: MStar



Sumber Malaysia Sedia Terima Pelarian Rohingya


Demikianlah Artikel Malaysia Sedia Terima Pelarian Rohingya

Sekianlah artikel Malaysia Sedia Terima Pelarian Rohingya kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :