Makan lewat malam, kurang bersenam punca sakit kronik

Makan lewat malam, kurang bersenam punca sakit kronik - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang Makan lewat malam, kurang bersenam punca sakit kronik, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Makan lewat malam, kurang bersenam punca sakit kronik
link : Makan lewat malam, kurang bersenam punca sakit kronik

Baca juga


Makan lewat malam, kurang bersenam punca sakit kronik

Makan lewat malam dan kurang bersenam menjadi satu daripada punca utama ramai rakyat Kedah menghidap penyakit kronik, kata exco. — Foto ReutersMakan lewat malam dan kurang bersenam menjadi satu daripada punca utama ramai rakyat Kedah menghidap penyakit kronik, kata exco. — Foto ReutersALOR SETAR, 23 Sept — Makan lewat malam dan kurang bersenam menjadi satu daripada punca utama ramai rakyat Kedah menghidap penyakit kronik seperti diabetes, darah tinggi dan obesiti, kata Pengerusi Jawatankuasa Alam Sekitar, Hal Ehwal Masyarakat Cina, India dan Siam, Kesihatan dan Perpaduan negeri Datuk Leong Yong Kong.

Beliau berkata ia dapat dilihat melalui kajian Kementerian Kesihatan melalui Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2015 dengan Kedah merupakan negeri paling ramai penghidap diabetes di Malaysia.

Katanya sebanyak 25.4 peratus penduduk berusia lebih 18 tahun di negeri ini didapati menghidap diabetes berbanding purata kes kebangsaan iaitu 17.5 peratus dan jumlah individu yang tidak mengetahui status diabetes juga meningkat dari semasa ke semasa.

"Apa yang membimbangkan ialah selain diabetes, Kedah juga mencatat jumlah pesakit darah tinggi paling ramai, kedua tertinggi bagi hiperkolesterol, kedua tertinggi bagi merokok dan kelima tertinggi bagi obesiti.

"Bukan mudah untuk beri kesedaran berikutan cara hidup yang tidak sihat menjadi budaya dalam masyarakat kita iaitu makan lewat malam dan kurang melakukan aktiviti senaman," katanya kepada pemberita selepas program "Kedah Run From Diabetes" di sini, hari ini.

Terdahulu, Menteri Besar Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah merasmikan dan melepaskan 2,000 peserta program yang berlari sejauh 7 kilometer di sekitar bandar Alor Setar.

Leong berkata sikap menjaga kesihatan atau 'health seeking behaviour' perlu dipromosikan dan dipupuk dalam masyarakat supaya orang ramai lebih sedar dan faham akan kepentingan mengetahui status kesihatan masing-masing.

"Banyak promosi dan pendidikan kesihatan dijalankan kepada komuniti untuk meningkatkan kesedaran tentang bahayanya penyakit kronik ini selain sebagai satu langkah pencegahan daripada menghidap penyakit-penyakit kronik.

"Program seumpama larian pada hari ini diharap dapat memupuk dan menggalakkan orang ramai untuk mengamalkan cara hidup yang lebih aktif," katanya.

Program hari ini juga melibatkan aktiviti seperti saringan kesihatan percuma, pameran kesihatan, derma darah, demonstrasi masakan menu sihat dan cabutan bertuah. — Bernama



Sumber Makan lewat malam, kurang bersenam punca sakit kronik


Demikianlah Artikel Makan lewat malam, kurang bersenam punca sakit kronik

Sekianlah artikel Makan lewat malam, kurang bersenam punca sakit kronik kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :