Kebakaran tahfiz: 'Nak gugur jantung tengok muka mereka' - Bekas guru suspek

Kebakaran tahfiz: 'Nak gugur jantung tengok muka mereka' - Bekas guru suspek - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang Kebakaran tahfiz: 'Nak gugur jantung tengok muka mereka' - Bekas guru suspek, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kebakaran tahfiz: 'Nak gugur jantung tengok muka mereka' - Bekas guru suspek
link : Kebakaran tahfiz: 'Nak gugur jantung tengok muka mereka' - Bekas guru suspek

Baca juga


Kebakaran tahfiz: 'Nak gugur jantung tengok muka mereka' - Bekas guru suspek

KUALA LUMPUR: "Macam nak gugur jantung," itu reaksi salah seorang guru yang mengakui pernah mengajar dua daripada suspek kes kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, dekat Jalan Keramat Hujung di sini pada Khamis.

Guru yang enggan identitinya didedahkan itu berkata, dia terkejut apabila melihat wajah bekas muridnya itu antara tujuh individu yang dipercayai suspek kes tersebut selepas gambar mereka viral di media sosial.

Jelasnya, sikap kedua-dua muridnya itu cukup berbeza semasa masih di bangku sekolah rendah.

"Ada dua orang suspek yang saya pernah ajar. Macam nak gugur jantung tengok muka mereka. (Dulu semasa di sekolah) mereka ini baik, dengar cakap.

"Mereka juga pernah bagi hadiah tudung kepada saya semasa Hari Guru, juga tolong saya masa Hari Sukan sekolah.

"Ya Allah, tak tahu mana silapnya. Mungkin bila habis sekolah rendah, mereka ini salah pilih kawan," tambahnya. 

BACA: Polis tahan remaja lelaki bantu siasatan tragedi kebakaran tahfiz

BACA: Ada pihak berkeliaran sekitar pusat tahfiz sebelum kebakaran - PPIM

Beliau yang kini mengajar di salah sebuah sekolah rendah dekat Datuk Keramat berkata, keciciran di dalam kelas memungkinkan suspek tersebut terus tercicir dalam masyarakat.


"Mula-mula mereka ini tercicir dalam kelas, lepas itu mereka tercicir dalam masyarakat.

"Kita (guru) didik elok-elok masa mereka sekolah rendah, tetapi lepas tamat sekolah rendah, jadi sebegini. Saya sedih sangat.

"Inilah dugaan seorang guru, nampak kerja senang tetapi tanggungjawab dan amanat yang diberikan amat berat," ujarnya.


(Atas permintaan subjek, identitinya serta suspek yang dimaksudkan harus disembunyikan bagi mengelak menjejaskan siasatan)

BACA: Kebakaran pusat tahfiz: Tujuh fakta susulan penahanan suspek

BACA: Akibat ejek-mengejek, pusat tahfiz dibakar

Pada Jumaat, Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Amar Singh Ishar Singh berkata siasatan awal polis mendapati kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah berpunca daripada perbuatan khianat.

Katanya, motif tindakan berpunca daripada ejek-mengejek antara tujuh suspek yang ditahan dan sekumpulan pelajar pusat tahfiz itu.


Tujuh suspek yang ditahan berusia di antara 11 dan 18 tahun, di mana ujian saringan air kencing mendapati enam daripada mereka positif dadah jenis ganja.

Sumber Kebakaran tahfiz: 'Nak gugur jantung tengok muka mereka' - Bekas guru suspek


Demikianlah Artikel Kebakaran tahfiz: 'Nak gugur jantung tengok muka mereka' - Bekas guru suspek

Sekianlah artikel Kebakaran tahfiz: 'Nak gugur jantung tengok muka mereka' - Bekas guru suspek kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates: