KAFA bayar tunggakan gaji pemain Kelantan

KAFA bayar tunggakan gaji pemain Kelantan - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang KAFA bayar tunggakan gaji pemain Kelantan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : KAFA bayar tunggakan gaji pemain Kelantan
link : KAFA bayar tunggakan gaji pemain Kelantan

Baca juga


KAFA bayar tunggakan gaji pemain Kelantan

KOTA BHARU: Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) hari ini melunaskan kesemua tunggakan gaji pemain dan pegawai pasukan Kelantan bagi Julai dan Ogos.

Presidennya Bibi Ramjani Ilias Khan berkata bayaran tunggakan gaji itu merupakan komitmen pihaknya bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh barisan pemain dan kejurulatihan pasukan Kelantan.

"Pembayaran ini bermakna KAFA sudah melunaskan kesemua tunggakan gaji pemain dan barisan jurulatih Kelantan pada musim ini," katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan cek kepada pemain pasukan Kelantan di sini, hari ini.

Bibi Ramjani berkata walaupun jumlah keseluruhan bayaran tunggakan gaji pemain tidak didedahkan namun ianya sudah membuktikan beliau sudah menunaikan janjinya sebelum dilantik sebagai presiden baharu persatuan itu.

"Ianya sudah tentu satu jumlah yang agak besar namun usah kira dari mana sumber kewangan itu di ambil, ini adalah janji saya kepada pemain dan saya mahukan pemain memberikan satu keputusan yang positif pada dua perlawanan terakhir nanti," katanya.

Kelantan perlu menang dua perlawanan terakhir Liga Super bagi mengelakkan tersingkir ke Liga Perdana musim depan.

Kelantan akan bertemu PKNS FC di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV di sini pada Rabu ini manakala menentang Melaka United di Stadium Hang Jebat, Melaka 21 Okt depan.

Mengenai kedudukan Tan Sri Annuar Musa sebagai penasihat KAFA, Bibi Ramjani berkata sehingga kini pihaknya belum membuat apa-apa keputusan berkaitan kedudukan Annuar yang kini masih menjawat jawatan tersebut.

Ditanya adakah nama The Red Warriors (TRW) akan ditukar dengan nama baharu, beliau berkata ia belum dibincangkan dan jika ada pertukaran akan diumumkan kemudian.

-- BERNAMA



Sumber KAFA bayar tunggakan gaji pemain Kelantan


Demikianlah Artikel KAFA bayar tunggakan gaji pemain Kelantan

Sekianlah artikel KAFA bayar tunggakan gaji pemain Kelantan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :