Judul : Bekas ketua Bersih wanita Kadazan pertama sertai CEC DAP?
link : Bekas ketua Bersih wanita Kadazan pertama sertai CEC DAP?
Bekas ketua Bersih wanita Kadazan pertama sertai CEC DAP?
Jannie Lasimbang sewaktu diwawancara Malay Mail Online di Kuala Lumpur pada 14 Ogos 2014. — Foto oleh Choo Choy May KOTA KINABALU, 18 Sept — DAP bersedia mencalonkan bekas pengerusi Bersih 2.0 Sabah sebagai ahli baru jawatankuasa eksekutif pusat (CEC) parti, kata Lim Kit Siang.
Jika beliau bersetuju, Jannie Lasimbang bakal menjadi satu-satunya wanita Kadazan yang berjawatan tinggi dalam parti itu.
“Ada kekosongan dan kami berhasrat mencadangkan beliau,” katanya kepada pemberita selepas sambutan pesta kuih bulan di Plaza Damai di sini hari ini.
Lim juga berkata DAP mungkin akan mencalonkan Lasimbang di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kepayan pada pilihan raya umum akan datang.
“Mungkin. Ia boleh berlaku,” katanya. Lasimbang, seorang aktivis yang dikenali, kini berperanan sebagai penyelaras DAP bagi kerusi tersebut.
Penyandangnya Edwin Bosi meninggalkan DAP baru-baru ini setelah dikenakan tindakan penggantungan atas alasan menjejaskan imej parti.
Baca seterusnya di Malay Mail Online
Sumber Bekas ketua Bersih wanita Kadazan pertama sertai CEC DAP?