Bandaraya Pulau Pinang hampir lumpuh, wanita dikhuatiri lemas

Bandaraya Pulau Pinang hampir lumpuh, wanita dikhuatiri lemas - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang Bandaraya Pulau Pinang hampir lumpuh, wanita dikhuatiri lemas, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Bandaraya Pulau Pinang hampir lumpuh, wanita dikhuatiri lemas
link : Bandaraya Pulau Pinang hampir lumpuh, wanita dikhuatiri lemas

Baca juga


Bandaraya Pulau Pinang hampir lumpuh, wanita dikhuatiri lemas

Seorang wanita berusia 30 tahun dikhuatiri lemas apabila dia terjatuh ke dalam sungai ketika menunggang motosikal di Jalan Paya Terubong di sini.

Pekerja kilang Noor Afidah Yajunas dipercayai dihanyutkan arus deras ketika dalam perjalanan pulang selepas tamat syif malam.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang berkata stesen Paya Terubong memberi tindak balas kepada kes itu selepas dimaklumkan pada pukul 8.38 pagi Jumaat dan anggota bomba masih berada di tempat kejadian untuk mencari mangsa.

“Kami tidak dapat berbuat apa-apa kerana arus begitu kuat,” kata seorang penunggang motosikal yang tidak mahu dinamakan.

“Ia adalah satu pandangan yang amat menyedihkan, saya melihatnya tangannya terkapai-kapai sambil dihanyutkan arus deras tetapi tiada apa yang kami mampu buat.”

 

Sementara itu, anggota bomba dari balai Jalan Perak telah menyelamatkan lima pelajar dari Taman Irama Villa di Lintang P. Ramlee, manakala tiga orang dewasa dan dua kanak-kanak di Ayer Itam diselamatkan oleh anggota bomba dari stesen Paya Terubong.

Bernama melaporkan kejadian banjir kilat yang melanda kebanyakan kawasan di lima daerah di negeri ini pagi ini susulan hujan lebat sejak 3 pagi tadi hampir melumpuhkan bandaraya Pulau Pinang.

Bandaraya ini mengalami kesesakan teruk selepas beberapa jalan menuju ke pusat bandar ditutup akibat ditenggelami air.

 

Antara kawasan yang dilaporkan terjejas ialah Jalan P. Ramlee, Jalan Masjid Negeri, Sungai Pinang, Taman Lumba Kuda, Bandar Baru Air Itam, Paya Terubong, Relau, Balik Pulau, Batu Ferringhi serta beberapa kawasan di Seberang Perai iaitu Taman Bagan, Mak Mandin, Permatang Pauh dan Jalan Tembikai.

“Namun sehingga kini belum ada pusat pemindahan dibuka selain tiada laporan kemusnahan harta-benda atau kemalangan jiwa diterima,” katanya kepada pemberita, di sini.

Kesesakan teruk juga dilaporkan berlaku di sekitar bandar raya  dan di atas Jambatan Pulau Pinang dari kedua-dua arah termasuk di Lebuhraya Tun Dr. Lim Chong Eu menuju ke pusat bandar berikutan penutupan jalan.

Setakat 10 pagi, keadaan hujan masih belum menunjukkan tanda-tanda akan reda.

Sementara itu, menurut jurucakap Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Daerah Timur Laut, paras air sungai di Sungai Pinang dan Sungai Air Itam telah mencecah paras bahaya.

“Tahap kedalaman air di beberapa kawasan di Timur Laut telah mencecah 0.6 meter namun setakat 9 pagi ini tiada pusat pemindahan dibuka,” katanya.

Sumber: MStar



Sumber Bandaraya Pulau Pinang hampir lumpuh, wanita dikhuatiri lemas


Demikianlah Artikel Bandaraya Pulau Pinang hampir lumpuh, wanita dikhuatiri lemas

Sekianlah artikel Bandaraya Pulau Pinang hampir lumpuh, wanita dikhuatiri lemas kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :