Apa Sebab Ewal Enggan Nyanyi Lagu Bapa?

Apa Sebab Ewal Enggan Nyanyi Lagu Bapa? - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang Apa Sebab Ewal Enggan Nyanyi Lagu Bapa?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Apa Sebab Ewal Enggan Nyanyi Lagu Bapa?
link : Apa Sebab Ewal Enggan Nyanyi Lagu Bapa?

Baca juga


Apa Sebab Ewal Enggan Nyanyi Lagu Bapa?

Peserta Akademi Fantasia (AF) Megastar iaitu Ewal berkata dia menolak untuk menyanyikan lagu bapanya iaitu bekas vokalis kumpulan Wings, Mel atas sebab-sebab tertentu.

Ewal atau nama sebenarnya, Ikhwan Hafiz Ismail, 25, berkata, dia tidak mahu ada pihak yang akan mempertikaikan kebolehannya menyanyikan lagu kumpulan yang mempunyai nama besar itu.

"Orang akan pertikaian kalau saya bawa lagu Wings kerana Wings merupakan nama besar, sedangkan saya bawa lagu Akim & The Majistret pun orang komen macam-macam.

"Kalau boleh kita elakkan orang beri komen negatif dan saya sendiri akui sukar untuk bawa lagu-lagu rock terutama kumpulan yang mempunyai nama besar seperti Wings," ujarnya.

Mel pernah menganggotai kumpulan Wings suatu ketika dahulu sebagai vokalis bagi menggantikan Awie yang keluar sementara daripada kumpulan berkenaan.

Dalam konsert AF Megastar Ahad lalu dia menyanyikan lagu nyanyian asal Akim & The Majistret iaitu Potret  dan mendapat undian paling rendah.

Penyanyi tersebut dikatakan kurang memberi persembahan terbaik pada malam tema Rock itu sehingga tersingkir.

Dalam pada itu, Ewal mengakui dia tidak mempunyai jiwa rock, biarpun bapanya seorang penyanyi genre berkenaan.

"Bapa saya seorang penyanyi rock tidak bermakna saya juga boleh jadi penyanyi rock seperti dia. Jiwa saya lebih kepada irama pop.

"Susah nak ubat mentaliti orang yang menyangka saya boleh menyanyi seperti bapa saya juga. Saya ada aliran muzik saya sendiri," ujarnya.

Sementara itu, bercerita tentang penyingkirannya, Ewal berkata, dia menerima keputusan tersebut dengan hati terbuka.

Tambahnya, perkara itu tidak akan mematahkan semangatnya untuk terus mencipta nama dalam industri seni tanah air.

"Saya akan terus mengejar cita-cita dalam bidang ini. Saya percaya rezeki saya akan sampai sama ada lambat atau cepat," ujarnya.



Sumber Apa Sebab Ewal Enggan Nyanyi Lagu Bapa?


Demikianlah Artikel Apa Sebab Ewal Enggan Nyanyi Lagu Bapa?

Sekianlah artikel Apa Sebab Ewal Enggan Nyanyi Lagu Bapa? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :