358 kes aduan dilaporkan kepada Tribunal Tuntutan Pengguna

358 kes aduan dilaporkan kepada Tribunal Tuntutan Pengguna - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang 358 kes aduan dilaporkan kepada Tribunal Tuntutan Pengguna, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : 358 kes aduan dilaporkan kepada Tribunal Tuntutan Pengguna
link : 358 kes aduan dilaporkan kepada Tribunal Tuntutan Pengguna

Baca juga


358 kes aduan dilaporkan kepada Tribunal Tuntutan Pengguna

JOHOR BAHRU: Sebanyak 358 kes telah dilaporkan kepada Tribunal Tuntutan Pengguna (TTP) Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) negeri dari Januari sehingga hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Perdagangan dan Kepenggunaan Johor Datuk Tee Siew Kiong berkata dari jumlah itu kes aduan penipuan tertinggi yang dicatatkan melibatkan perancang perkahwinan iaitu sebanyak 31 kes dan pembelian perabot sebanyak 28 kes.

Bagaimanapun, sebanyak 259 kes telahpun berjaya diselesaikan dengan baki tuntutan sebanyak 99 kes.

"Bagi aduan yang melibatkan perancang perkahwinan, jumlah kerugian yang dianggarkan adalah antara RM200,000 hingga RM300,000. Kebanyakan kes melibatkan kegagalan penyedia perkhidmatan untuk menyediakan pakej perkhidmatan yang telah ditempah oleh pengguna.

"Dalam kes pembelian perabot, majoriti pengguna mengadu ditipu oleh syarikat perabot dimana pembeli yang membeli perabot tidak mendapat barangan yang dipesan walaupun telah membuat pembayaran penuh dengan harga perabot yang mencecah ribuan ringgit," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Penyelarasan Karnival Mega Muafakat Johor 2017 di sini hari ini.

Sementara itu, beliau berkata Karnival Mega Muafakat Johor 2017 yang akan berlangsung pada 12 hingga 14 Oktober di hadapan Bangunan Datuk Abdul Rahman Andak, Kota Iskandar, dijangka akan dihadiri lebih 50,000 pengunjung.

"Karnival ini akan berlangsung pada tiga hari terakhir Ekspo Johor Berkemajuan 2017 yang diadakan berdekatan iaitu di Dataran Mahkota, Kota Iskandar pada 6 hingga 14 Oktober ini," kata beliau.

Tee berkata karnival itu yang akan disertai 50 vendor, menyasarkan nilai jualan sebanyak RM500,000.

Menurut beliau, ini merupakan peluang yang baik kepada Industri Kecil dan Sederhana (IKS) untuk mengetengahkan produk-produk buatan mereka.

"Keutamaan memang diberikan kepada IKS tempatan kerana memang telah menjadi dasar kerajaan untuk membantu peniaga-peniaga IKS. Jadi rebutlah peluang keemasan ini," katanya.

Selain itu, barangan yang dijual pada karnival itu juga adalah 50 peratus lebih murah daripada barangan di pasaran, untuk membantu rakyat menangani kos sara hidup yang tinggi.

Mereka yang berminat untuk menyertai Karnival ini boleh berhubung dengan Urusetia KPDNKK di talian 07-2262024.

-- BERNAMA



Sumber 358 kes aduan dilaporkan kepada Tribunal Tuntutan Pengguna


Demikianlah Artikel 358 kes aduan dilaporkan kepada Tribunal Tuntutan Pengguna

Sekianlah artikel 358 kes aduan dilaporkan kepada Tribunal Tuntutan Pengguna kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :