3 bekas MB bergabung rampas kembali Selangor

3 bekas MB bergabung rampas kembali Selangor - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang 3 bekas MB bergabung rampas kembali Selangor, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : 3 bekas MB bergabung rampas kembali Selangor
link : 3 bekas MB bergabung rampas kembali Selangor

Baca juga


3 bekas MB bergabung rampas kembali Selangor

KUALA LUMPUR: Tiga bekas Menteri Besar Selangor akan bergabung bagi memastikan Barisan Nasional (BN) menawan kembali negeri berkenaan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar, berkata penyertaan semula Tan Sri Muhamad Muhamad Taib dalam UMNO juga memberi aura baharu buat BN di negeri itu.

"Kita dah bincang...bukan sahaja dengan Tan Sri Muhamad Muhamad Taib, tetapi InsyaAllah kita ada Tan Sri Abu Hassan Omar dan Dr Mohd Khir Toyo yang mana ketiga-tiga bekas menteri besar ini akan berganding bahu bersama saya untuk pastikan kemenangan BN di negeri ini.

"Mereka ini (menteri besar) tak pandang jawatan, apa yang penting mereka nak lihat apa yang dilaksanakan dahulu ada kesinambungannya...bukan seperti sekarang. Apa yang kerajaan negeri Selangor dah buat?," katanya.

Noh, yang juga Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, berkata demikian kepada pemberita selepas melawat tiga kawasan perumahan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Dusun Tua dan Kajang, dekat sini, semalam.

Noh juga mengulangi kenyataannya mengarahkan Jabatan Bomba dan Penyelamat untuk memeriksa semua pusat tahfiz, pondok dan madrasah di seluruh negara susulan kebakaran pusat tahfiz di Kampung Datuk Keramat di ibu negara yang mengorbankan 23 nyawa, Khamis lalu.

"Saya arahkan Bomba untuk memeriksa semua pusat tahfiz dan nasihatkan pihak pengurusan apa yang perlu diperbaiki...kalau pendawaian tak betul, struktur bangunan tak mengikut aspek keselamatan, bagi mereka (pengurusan) tempoh untuk baik pulih dua tiga bulan mengikut budi bicara.

"Bila dah sampai tempohnya, tindakan drastik akan diambil sama ada untuk tutup pusat berkenaan atau membawa kes tersebut ke mahkamah. Dalam masa terdekat ini saya sendiri juga akan turun padang membuat pemeriksaan," katanya.

Beliau berkata hal keselamatan bukan hanya perlu diutamakan di sekolah tahfiz sahaja tetapi juga di kawasan perumahan termasuk rumah pangsa.

Pada lawatan berkenaan, Noh meluluskan peruntukkan sebanyak RM4 juta bagi membaik pulih prasarana di tiga perumahan iaitu Perumahan Taman Segar Perdana dan Taman Perkasa Fasa 1 di DUN Dusun Tua serta Rumah Pangsa Taman Kota Cheras di DUN Kajang. - BERNAMA



Sumber 3 bekas MB bergabung rampas kembali Selangor


Demikianlah Artikel 3 bekas MB bergabung rampas kembali Selangor

Sekianlah artikel 3 bekas MB bergabung rampas kembali Selangor kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :