“Saya sudah insaf” – Tun Mahathir

“Saya sudah insaf” – Tun Mahathir - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang “Saya sudah insaf” – Tun Mahathir, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : “Saya sudah insaf” – Tun Mahathir
link : “Saya sudah insaf” – Tun Mahathir

Baca juga


“Saya sudah insaf” – Tun Mahathir

Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini membuat pengakuan bahawa beliau telah insaf, ia sebagai menjawab mereka yang menasihatkan ahli politik berusia 92 tahun itu agar menebus kesilapan lalu.

Bagaimanapun, bekas perdana menteri itu berkata, ia adalah kerana beliau tergerak hati untuk memulakan usaha menentang salah laku.

“Sebab saya insaf, saya terpaksa memberi tumpuan kepada masalah yang dihadapi oleh negara kita.

“Kalau saya cuma lepas tangan sahaja sedangkan saya dapat lihat banyak yang tidak betul dan ramai yang datang berjumpa dengan saya, berduyun-duyun, minta tolong buat sesuatu. Itulah sebab saya terlibat secara langsung untuk buat sesuatu.

“Saya tidak boleh mengabaikannya. Saya sedang menyaksikan pelbagai salah laku dan ramai orang telah meminta saya untuk melakukan sesuatu,” kata beliau semasa sesi secara langsung di laman Facebooknya.

Sebelum ini, Ahli Parlimen PAS Nik Abduh Nik Aziz merupakan antara mereka yang menggesa Mahathir agar bertaubat.

Sambil menggesa Mahathir supaya kembali ke tikar sejadah kerana ia jalan terbaik untuk dirinya di hujung hayat, kata Nik Abduh: “Tak payahlah buat kerja lu langsi lu mati yang berulang-ulang sejak muda sampai tua.”

“Angkat Musa Hitam, pecat Musa Hitam. Angkat Ghafar Baba, pecat Ghafar Baba. Angkat Anwar, pecat Anwar. Angkat Pak Lah, pecat Pak Lah. Angkat Najib, ni nak pecat Najib pulak.

“Saya nasihatkan dia jangan pulak angkat Mukhriz. Nanti Mukhriz pun dipecatnya. Rakyat Malaysia pun, saya nak nasihat baik-baik,” katanya.

Nik Abduh berkata demikian ketika mengulas kenyataan Mahathir mengenai allahyarham bapanya dan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Semasa sesi Facebook, Mahathir yang kini merupakan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) menggesa para belia agar mengikuti perkembangan semasa supaya tidak mewarisi negara yang musnah.

“Anak muda akan mewarisi negara ini. Sudah tentu tidak ingin mewarisi sebuah negara yang hancur lebur, rosak kerana perbuatan di waktu ini.

“Sebab itu, anak-anak muda perlu mengikuti perkembangan dalam negara- politik, ekonomi, sosial supaya sebelum negara dirosakkan, tahu apa yang harus dilakukan dan mereka tentukan bahawa perosak-perosak ini tidak akan dapat teruskan usaha merosakkan setelah pilihan raya umum,” tambah beliau.

 

Sumber: Malaysiakini



Sumber “Saya sudah insaf” – Tun Mahathir


Demikianlah Artikel “Saya sudah insaf” – Tun Mahathir

Sekianlah artikel “Saya sudah insaf” – Tun Mahathir kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates: