Pengasas Dnars menggeletar jumpa bayi masih bertali pusat di luar pejabat

Pengasas Dnars menggeletar jumpa bayi masih bertali pusat di luar pejabat - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang Pengasas Dnars menggeletar jumpa bayi masih bertali pusat di luar pejabat, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Pengasas Dnars menggeletar jumpa bayi masih bertali pusat di luar pejabat
link : Pengasas Dnars menggeletar jumpa bayi masih bertali pusat di luar pejabat

Baca juga


Pengasas Dnars menggeletar jumpa bayi masih bertali pusat di luar pejabat

Memasuki 10 hari Ramadan terakhir, jutawan kosmetik, Faziani Rohban Ahmad dikejutkan dengan penemuan seorang bayi perempuan yang baharu dilahir dan masih bertali pusat pada pagi Khamis.

Ketika dihubungi mStar Online, pengasas produk Dnars itu berkata, bayi tersebut ditemui di dalam sebuah beg kecil yang terbuka sedikit, ditinggalkan di luar pejabatnya di Pasir Pekan dekat Kota Bharu pada kira-kira pukul 7.30 pagi.

“Bayi itu pada mulanya dijumpai adik lelaki dan pembantu rumah saya. Saya kemudian datang membuka beg berisi pakaian itu dan terkejut melihat seorang bayi perempuan yang masih bertali pusat dibalut dengan sehelai jaket. Begitu sayup tangisannya.

“Badan saya menggeletar kerana panik melihat bayi yang dibuang ini. Tetapi naluri keibuan saya kuat untuk memberikan keberanian kepada saya untuk menyelamatkan bayi. Tak dapat nak digambarkan pengalaman ini dengan kata-kata,” katanya.

Berkongsi detik-detik cemas, Faziani memberitahu, bayi berkenaan segera dibawa ke Klinik 1Malaysia untuk dipotong tali pusat sebelum dibawa ke Hospital Kota Bharu bagi mendapatkan rawatan lanjut dan membuat laporan polis di Balai Polis Wakaf Bharu.

“Alhamdulillah, bayi tersebut dapat diselamatkan dan kini dirawat di hospital. Syukur, Allah beri peluang kepada saya bantu selamatkan bayi comel ini pada 10 hari akhir Ramadan,” katanya.

Jurucakap Balai Polis Wakaf Bharu ketika dihubungi mStar Online mengesahkan laporan yang dibuat Faziani pada kira-kira pukul 8 pagi berhubung penemuan bayi itu, dan kes diserahkan ke Ibu Pejabat Daerah (IPD) Tumpat untuk siasatan.

Bagaimanapun Faziani menyuarakan rasa kesalnya terhadap ibu kepada bayi atau sesiapa sahaja yang sanggup membuang bayi berkenaan.

“Tergamak ada yang kejam buang anak di saat ramai pasangan lain mahu anak. Syukur, hari ini hari bekerja, jadi kami berada di pejabat. Kalau bayi ditinggalkan pada hari cuti, tak tahu apa yang akan terjadi,” katanya.

Namun kata Faziani, pengalaman tersebut merupakan sesuatu yang amat bermakna buatnya kerana selama ini cerita pembuangan bayi hanya dibaca atau didengar menerusi radio, televisyen dan laporan berita.

“Alhamdulillah, ia merupakan pengalaman yang tidak ternilai kerana menyelamatkan satu nyawa yang tidak berdosa. Syukur bayi ini diselamatkan,” katanya dengan nada gembira.
Sumber: Mstar



Sumber Pengasas Dnars menggeletar jumpa bayi masih bertali pusat di luar pejabat


Demikianlah Artikel Pengasas Dnars menggeletar jumpa bayi masih bertali pusat di luar pejabat

Sekianlah artikel Pengasas Dnars menggeletar jumpa bayi masih bertali pusat di luar pejabat kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :