Judul : Pelik! Produk serbuk mandian berperisa makanan di Jepun, nak cuba tak?
link : Pelik! Produk serbuk mandian berperisa makanan di Jepun, nak cuba tak?
Pelik! Produk serbuk mandian berperisa makanan di Jepun, nak cuba tak?
NEGARA Jepun sememangnya memiliki pelbagai keunikan bukan sahaja dari budayanya malah juga dengan perkara-perkara yang tidak masuk akal.
Sebelum ini mungkin ramai yang pernah dengar tentang keunikan pelbagai jenis restoran yang pelik di negara matahari terbit itu seperti restoran bertemakan tandas, disko dan sebagainya.
Bukan itu sahaja, malah vending machine di negara Jepun turut menjual pelbagai produk yang kita tidak pernah terfikir seperti aiskrim dengan perisa yang pelik dan juga makanan panas yang pelbagai.
Terbaru, sebuah syarikat pengeluar serbuk mandian di negara itu kini mengeluarkan produk yang unik serta lain daripada yang lain.
Apa yang membezakan produk ini dengan produk lain adalah, serbuk mandian keluaran syarikat Village Vanguard ini tidak didatangkan dengan bau-bauan wangi dan segar tetapi ia didatangkan dengan bau-bauan yang membuatkan kita lapar!
Ya..produk keluaran syarikat ini adalah serbuk mandian berperisa makanan. Serbuk mandian syarikat ini didatangkan dengan perisa ramen, nasi kari, sup miso, jjigae dan yakisoba.
Ia dijual dengan harga 324 yuen, atau RM12 sepaket. Bagaimana agaknya kalau gunakan serbuk mandian ini pada bulan puasa ye?
Sumber: MYNEWSHUB.CC
Sumber Pelik! Produk serbuk mandian berperisa makanan di Jepun, nak cuba tak?