Lagi pendedahan Zulfarhan dipukul angkara bomoh petik namanya

Lagi pendedahan Zulfarhan dipukul angkara bomoh petik namanya - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang Lagi pendedahan Zulfarhan dipukul angkara bomoh petik namanya, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Lagi pendedahan Zulfarhan dipukul angkara bomoh petik namanya
link : Lagi pendedahan Zulfarhan dipukul angkara bomoh petik namanya

Baca juga


Lagi pendedahan Zulfarhan dipukul angkara bomoh petik namanya

Nama Zulfarhan Osman Zulkarnain, kadet yang mati didera kelmarin, disebut-sebut bomoh sebagai individu yang mencuri komputer riba.

Jenazah Zulfarhan Osman dibawa dari Hospital Serdang untuk dikebumikan di Kebun Teh, Johor Baru. — Foto ihsan Facebook/Info Roadblock JPJ Polis

Bapa saudaranya berkata perkara itu dimaklumkan rakan baik  mangsa melalui WhatsApp kepada ibu siswa itu Hawa Osman, lapor akhbar Harian Metro.

Mesej itu menyebut Zulfarhan dipukul sebelum Ramadan lagi kerana dituduh mencuri walaupun beliau bukan satu-satunya pelajar yang disyaki.

“Tapi Paan (Zulfarhan) jadi suspek sebab orang tanya bomoh la bagi keluar nama dia. Lepas tu nak bagi dia mengaku, kawan-kawan pukul dia beramai-ramai.

“Arwah kena pukul dua hari sebab tidak mengaku,” mesej WhatsApp itu dipetik.

Bagaimanapun Harian Metro tidak menamakan bapa saudara dan rakan baik mangsa.

Zulfahran, 21 meninggal dunia di Hospital Serdang 10 malam Khamis dengan kesan melecur di dada, tangan dan kaki, dipercayai ditekap seterika wap.

Seramai 36 pelajar direman bagi membantu siasatan kes kematian pegawai kadet laut tahun tiga Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) itu.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein sudah mengarahkan UPNM dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menjalankan siasatan segera.

Ibu saudara mangsa Hairiah Jelani pula menyifatkan keadaan mangsa “umpama daging bakar” dengan hampir semua tubuh ada kesan melecur.

“Saya dimaklumkan doktor, arwah meniggal akibat melecur tahap tiga,” katanya.

Sementara itu, Harian Metro juga melaporkan polis sedang menjejaki bomoh yang didakwa menyebut nama mangsa sebagai pelajar yang disyaki mencuri.

Seorang doktor klinik swasta di Bangi tempat arwah dirawat pada 27 dan 31 Mei lalu juga akan dipanggil memberi keterangan, lapor portal akhbar itu.

“Selain doktor itu, kami juga akan menjejaki dan merakam keterangan bomoh yang didakwa menyebut nama arwah sebagai individu yang mencuri komputer riba.

“Suspek menggunakan alasan itu untuk memaksa Allahyarham mengaku tindakannya (mencuri),” kata ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor SAC Fadzil Ahmat.

 

Sumber: Projek MMO



Sumber Lagi pendedahan Zulfarhan dipukul angkara bomoh petik namanya


Demikianlah Artikel Lagi pendedahan Zulfarhan dipukul angkara bomoh petik namanya

Sekianlah artikel Lagi pendedahan Zulfarhan dipukul angkara bomoh petik namanya kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates: