Judul : Kerusi DUN Nenggiri kosong, ADUN BN muflis
link : Kerusi DUN Nenggiri kosong, ADUN BN muflis
Kerusi DUN Nenggiri kosong, ADUN BN muflis
Speaker Kelantan mengisytiharkan kerusi Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nenggiri di Gua Musang, kosong selepas penyandangnya, Datuk Mat Yusoff Ab Ghani, disahkan muflis.
Datuk Abdullah Ya’kub berkata, pihaknya menerima surat daripada Jabatan Insolvensi Malaysia Cawangan Selangor pada 28 Mei lalu, memaklumkan Mat Yusoff yang juga wakil rakyat Barisan Nasional (BN) di Nenggiri sejak 2013, disahkan muflis.
“Sebelum ini penasihat undang-undang Negeri Kelantan juga menerima surat sama pada 21 Mei 2017 yang memaklumkan kebangkrapan Mat Yusoff yang juga ADUN Nenggiri (N43).
“Mengikut Perkara 3 (1) Undang-Undang Tubuh Perlembagaan Negeri Kelantan menyatakan seseorang itu tidak layak menjadi ADUN jika muflis yang belum diselesaikan lagi.
“Dengan ini saya sebagai Speaker Kelantan mengisytiharkan Mat Yusoff tidak layak menjadi ADUN akibat muflis,” katanya dalam sidang media di pejabatnya, di sini, hari ini.
Abdullah berkata, pihaknya akan menghantar surat kepada pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Kelantan pada Ahad ini bagi memaklumkan perkara itu.
Ketika ditanya sama ada Pilihan Raya Kecil (PRK) akan diadakan di kawasan itu, Abdullah berkata, ia terpulang pada SPR.
Sementara itu, Yusoff ketika dihubungi enggan mengulas mengenai perkara itu manakala SPR Kelantan tidak menjawab panggilan.
Sumber: BH Online
Sumber Kerusi DUN Nenggiri kosong, ADUN BN muflis