Kerajaan Negeri Sarawak setuju laksana cukai pelancongan mulai 1 Julai ini

Kerajaan Negeri Sarawak setuju laksana cukai pelancongan mulai 1 Julai ini - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang Kerajaan Negeri Sarawak setuju laksana cukai pelancongan mulai 1 Julai ini, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kerajaan Negeri Sarawak setuju laksana cukai pelancongan mulai 1 Julai ini
link : Kerajaan Negeri Sarawak setuju laksana cukai pelancongan mulai 1 Julai ini

Baca juga


Kerajaan Negeri Sarawak setuju laksana cukai pelancongan mulai 1 Julai ini

Kerajaan Negeri Sarawak menerima pelaksanaan cukai pelancongan yang akan dikuatkuasakan mulai 1 Julai ini, kata Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Sarawak Datuk Abdul Karim Hamzah.

Kerajaan Negeri Sarawak setuju laksana cukai pelancongan mulai 1 Julai ini

Kerajaan Negeri Sarawak setuju laksana cukai pelancongan mulai 1 Julai ini

Beliau berkata keputusan itu dibuat selepas perkara itu dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet negeri di sini Khamis.

Abdul Karim berkata, Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Openg telah menyatakan harapan beliau ketika pertemuan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi supaya cukai perhotelan yang dikutip di negeri Sarawak disalurkan terus kepada kerajaan negeri tanpa perlu melalui mana-mana jabatan atau agensi.

“Ini adalah satu daripada kehendak kerajaan negeri yang disampaikan kepada perdana menteri,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat Kabinet Sarawak.

 

Beliau berkata Abang Johari juga memaklumkan dalam mesyuarat pada Khamis bahawa perdana menteri telah memberi jaminan bahawa kutipan cukai itu akan diagihkan kepada tiga wilayah iaitu Sarawak, Sabah dan Semenanjung Malaysia.

Di samping itu, katanya kerajaan negeri juga menyambut baik cadangan untuk mengecualikan cukai bagi rakyat Malaysia yang menginap di hotel bertaraf tiga bintang ke bawah.

Beliau bagaimanapun menyatakan banyak yang perlu diperhalusi antara kerajaan negeri dan persekutuan berkaitan pelancongan, sama ada mengenai cukai mahupun promosi di luar negara.

“Kita mahu melihat wujud kerjasama yang baik antara kementerian pusat dan negeri serta dengan badan dan agensi di bawahnya.

“Matlamat kita adalah untuk mempromosikan Malaysia dan untuk Sarawak lebih menjurus kepada mempromosikan negeri Sarawak,” tambah beliau.

Mulai 1 Julai ini, cukai sebanyak RM2.50 akan dikenakan terhadap hotel yang tiada penarafan bintang, RM5 untuk hotel dua bintang, RM10 untuk hotel tiga bintang, RM15 untuk hotel empat bintang dan RM20 untuk hotel bertaraf lima bintang.

Bagaimanapun Abdul Karim berkata beliau tidak pasti sama ada ia boleh dilaksanakan mengikut tarikh yang ditetapkan memandangkan tempoh yang sangat singkat, malah hotel-hotel di Sarawak masih belum menerima apa-apa arahan daripada pihak berkuasa.

Beliau berkata sebelum dilaksanakan, pengusaha hotel perlu diberi taklimat mengenai mekanisme pungutan cukai dan kepada pihak mana ia perlu dibayar. – BERNAMA

Sumber: Mstar



Sumber Kerajaan Negeri Sarawak setuju laksana cukai pelancongan mulai 1 Julai ini


Demikianlah Artikel Kerajaan Negeri Sarawak setuju laksana cukai pelancongan mulai 1 Julai ini

Sekianlah artikel Kerajaan Negeri Sarawak setuju laksana cukai pelancongan mulai 1 Julai ini kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates: