Judul : Kejam! Dakwa kucing mencuri, manusia jahanam rejamnya dengan dart dan buluh
link : Kejam! Dakwa kucing mencuri, manusia jahanam rejamnya dengan dart dan buluh
Kejam! Dakwa kucing mencuri, manusia jahanam rejamnya dengan dart dan buluh
SUDAHLAH tidak mempunyai tempat untuk berlindung, dilayan pula kejam oleh manusia yang tidak bertanggungjawab.
Itu yang dialami kucing dan anjing jalanan di Penampang, Sabah apabila ada pihak mendakwa haiwan tersebut ‘direjam’ dengan dart dan buluh hingga menyebabkan kecederaan dan kematian.
Sebuah akhbar berbahasa Inggeris melaporkan, kejadian tersebut berlaku sejak Ogos tahun lalu dan dilakukan pada awal pagi.
Ada juga berpendapat tindakan mencederakan haiwan ini sebagai satu cara untuk penjenayah pecah masuk rumah kediaman.
Susulan kejadian tersebut, sekumpulan pencinta haiwan yang dikenali sebagai Strays Indie Fund ditubuhkan bagi membuat rondaan di sekitar kawasan Penampang bagi mengelakkan kejadian sama berulang lagi.
Sejak itu, tiada lagi serangan yang berlaku sejak bulan lalu namun sukarelawan ini terus memantau keadaan haiwan yang berkeliaran di jalanan.
Jurucakap Persatuan Pencegahan Penganiayaan Haiwan Kota Kinabalu (SPCAkk), Dr. Randolf Paza Tsen Sham Sun berkata, pasukannya akan membuat rondaan sekurang-kurangnya empat hari seminggu di beberapa lokasi.
Seorang doktor haiwan berkata, sembilan laporan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan namun sekurang-kurangnya 30 kucing dan anjing cedera akibat terkena dart dan buluh.
Menurutnya, seorang pemilik haiwan peliharaan di Taman Peluduk melaporkan melihat seorang lelaki sedang mencederakan anjing miliknya kira-kira jam 2 pagi.
Bagaimanapun, lelaki tersebut melarikan diri dengan menaiki sebuah kereta jenis Perodua Kancil.
“Kami berjaya menahan lelaki tersebut namun dia enggan mengakui kesalahannya,” katanya lelaki itu diserahkan kepada polis namun dibebaskan kerana tidak mempunyai bukti yang mencukupi.
Bagi memastikan keganasan terhadap haiwan ini terus dibanteras, SPCAkk menawarkan RM10,000 kepada mereka yang mempunyai maklumat mengenai penyerang haiwan jalanan ini.
Mereka yang didapati bersalah mencederakan haiwan boleh dikenakan hukuman di bawah Enakmen Kebajikan Haiwan 2015 akan didenda sehingga RM100,000, dan atau dipenjarakan sehingga tiga tahun.
Bagaimanapun, sejak laporan polis dibuat dan rondaan daripada beberapa badan bukan kerajaan, kejadian kekejaman terhadap haiwan di kawasan tersebut tidak lagi berlaku.
Sumber Kejam! Dakwa kucing mencuri, manusia jahanam rejamnya dengan dart dan buluh