Ganti rugi dikurangkan, Hakim tak setuju Kerajaan dakwa Aminulrasyid yang bersalah kerana menyumbang kepada kecuaian

Ganti rugi dikurangkan, Hakim tak setuju Kerajaan dakwa Aminulrasyid yang bersalah kerana menyumbang kepada kecuaian - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang Ganti rugi dikurangkan, Hakim tak setuju Kerajaan dakwa Aminulrasyid yang bersalah kerana menyumbang kepada kecuaian, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Ganti rugi dikurangkan, Hakim tak setuju Kerajaan dakwa Aminulrasyid yang bersalah kerana menyumbang kepada kecuaian
link : Ganti rugi dikurangkan, Hakim tak setuju Kerajaan dakwa Aminulrasyid yang bersalah kerana menyumbang kepada kecuaian

Baca juga


Ganti rugi dikurangkan, Hakim tak setuju Kerajaan dakwa Aminulrasyid yang bersalah kerana menyumbang kepada kecuaian

Mahkamah Rayuan hari ini mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi bahawa tiada justifikasi untuk polis melepaskan tembakan ke arah remaja Aminulrasyid Amzah pada 2010, namun mengurangkan jumlah ganti rugi diberikan kepada keluarga remaja itu kepada RM114,800.

Gambar fail kakak Aminulrasyid, Nor Azura (kiri) bersama ibu Norsiah Mohammad. — Foto oleh Ida Lim

Mahkamah Tinggi di Shah Alam pada Mac tahun lepas memberikan  RM414,800 kepada ibu Aminulrasyid, Norsiah Mohammad dan kakak sulungnya Nor Azura sebagai ganti rugi atas kematian remaja itu.

Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mohd Zawawi Salleh yang mempengerusikan panel tiga hakim membenarkan sebahagian rayuan dikemukakan Koperal Jenain Subi, Ketua Polis Daerah Shah Alam, bekas Ketua Polis Selangor Tan Sri Khalid Abu Bakar (kini Ketua Polis Negara), Ketua Polis Negara dan kerajaan Malaysia.

Beliau menolak rayuan mereka berhubung liabiliti tetapi membenarkan dari segi jumlah ganti rugi. Beliau turut mengekalkan RM50,000 sebagai kos bagi prosiding mahkamah yang diberikan oleh Mahkamah Tinggi kepada keluarga  Aminulrasyid tetapi tidak memberikan kos bagi prosiding di mahkamah rayuan.

Dalam keputusannya, Hakim Mohd Zawawi berkata tiada keterangan untuk menyokong dapatan bahawa Jenain yang melepaskan tembakan mengakibatkan kematian remaja lelaki 15 tahun itu.

Beliau berkata berdasarkan rekod keterangan, mahkamah rayuan bersetuju dengan dapatan mahkamah tinggi bahawa tiada justifikasi bagi Koperal Jenain untuk bertindak sedemikian.

Hakim  Mohd Zawawi yang bersidang bersama-sama Datuk Vernon Ong Lam Kiat dan Datuk Asmabi Mohamad mengurangkan gantirugi am daripada RM150,000 kepada  RM100,000 dan mengekalkan ganti rugi e RM10,000 bagi kehilangan dan RM4,800 bagi pembiayaan pengebumian.

Beliau mengetepikan pemberian RM150,000 bagi salah guna jawatan awam dan RM100,000 bagi ganti rugi teruk dan teladan.

Hakim  Mohd Zawawi berkata mahkamah tidak bersetuju dengan dakwaan kerajaan bahawa Aminulrasyid bersalah sebagai penyumbang  kepada kecuaian itu dan juga berkata tuntutan keluarga bagi kebergantungan hidup adalah tidak kukuh kerana tiada bukti bahawa ibu si mati bergantung pada remaja itu untuk sara diri.

Norsiah,, 68, dan Nor Azura, 47, menyaman polis dan kerajaan dengan menuntut ganti rugi bagi kematian Aminulrasyid, didakwa akibat luka tembakan di kepala yang mereka dakwa disebabkan oleh kecuaian Jenain.

Aminulrasyid terkena tembakan dilepaskan polis semasa mengejar kereta yang dipandu laju remaja itu pada kira-kira  2 pagi pada 26 April, 2010.

Jenain, 54, dituduh menyebabkan kematian  Aminulrasyid namun dia kemudiannya dibebaskan dan dilepaskan oleh Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi itu.

Di luar mahkamah, peguam N. Surendran mewakili keluarga itu berkata anak guamnya berpuas hati dan berasa ia wajar tetapi menurutnya beliau akan meneliti penghakiman mahkamah sebelum menimbangkan sama ada untuk membawa kes itu ke mahkamah persekutuan berhubung jumlah ganti rugi.

Peguam Kanan Persekutuan Normastura Ayub mewakili polis dan kerajaan manakala peguam Zulkifly Omar mewakili Jenain. — Bernama

Sumber: Projek MMO



Sumber Ganti rugi dikurangkan, Hakim tak setuju Kerajaan dakwa Aminulrasyid yang bersalah kerana menyumbang kepada kecuaian


Demikianlah Artikel Ganti rugi dikurangkan, Hakim tak setuju Kerajaan dakwa Aminulrasyid yang bersalah kerana menyumbang kepada kecuaian

Sekianlah artikel Ganti rugi dikurangkan, Hakim tak setuju Kerajaan dakwa Aminulrasyid yang bersalah kerana menyumbang kepada kecuaian kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates: