Abang terpaksa menyorok dalam semak lihat adik sendiri ditetak sampai mati di Besut

Abang terpaksa menyorok dalam semak lihat adik sendiri ditetak sampai mati di Besut - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang Abang terpaksa menyorok dalam semak lihat adik sendiri ditetak sampai mati di Besut, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Abang terpaksa menyorok dalam semak lihat adik sendiri ditetak sampai mati di Besut
link : Abang terpaksa menyorok dalam semak lihat adik sendiri ditetak sampai mati di Besut

Baca juga


Abang terpaksa menyorok dalam semak lihat adik sendiri ditetak sampai mati di Besut

KEJADIAN lelaki maut ditetak sekumpulan remaja di Kampung Pengkalan Nyireh, Besut, semalam, disaksikan sendiri abang mangsa namun tidak dapat berbuat apa-apa selain menyorok dalam semak selama lebih setengah jam sebelum keluar met

Dalam kejadian 5.15 petang itu, Nik Mohamad Sharulanuar Nek Der, 22, dari Jalan Pantai, Kampung Teluk Bayu, Kuala Besut dikatakan ke kampung itu bersama abang dan seorang rakan untuk berbincang bagi menyelesaikan tuduhan dibuat terhadap mereka.

Menurut abang mangsa, Nik Mud Nek Der, 24, adiknya dituduh membakar motosikal milik ibu seorang daripada suspek pada 19 Jun lalu, di rumah wanita berkenaan.

“Kami menegaskan bahawa kami tidak bersalah dan mengesyorkan kepada suspek membuat laporan polis jika tidak berpuas hati dengan penerangan kami.

“Ketika itu suasana menjadi tegang dan kira-kira 15 orang rakan suspek yang datang ke rumah itu, mula campur tangan.

“Bila keadaan menjadi kalut, saya ajak adik dan rakan melarikan diri melalui pintu belakang.

“Kami dikejar kumpulan remaja yang membawa pedang hingga ke dalam semak,” katanya ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Besut, hari ini.

Menurutnya, ketika melarikan diri, nasib tidak menyebelahi adiknya kerana tidak dapat berlari laju akibat kecederaan lutut lalu jatuh di satu kawasan semak sebelum ditetak sekumpulan lelaki berkenaan, katanya.

“Dari jarak kira-kira 50 meter saya dapat lihat adik ditetak hingga membawa maut. Saya sempat menyorok dalam semak untuk menyelamatkan diri selama lebih setengah jam sebelum keluar mendapatkan bantuan penduduk kampung,” katanya sebak.

Nik Mud terkilan tidak dapat membantu adiknya namun ketika kejadian, dia tidak membawa telefon bimbit untuk memohon bantuan.

Jenazah mangsa dikebumikan di Tanah Perkuburan Kuala Besut selepas Asar, hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Besut Superintendan Mohd Zamri Mohd Rowi ketika dihubungi mengesahkan kejadian.

Menurutnya, pihaknya kini sedang menjalankan siasatan dan menjangka dapat menangkap semua suspek tidak lama lagi.

 

Sumber: Harian Metro



Sumber Abang terpaksa menyorok dalam semak lihat adik sendiri ditetak sampai mati di Besut


Demikianlah Artikel Abang terpaksa menyorok dalam semak lihat adik sendiri ditetak sampai mati di Besut

Sekianlah artikel Abang terpaksa menyorok dalam semak lihat adik sendiri ditetak sampai mati di Besut kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates: