Disangkakan kerap kencing sebab banyak minum air, rupanya kena kanser ovari. Pergi hospital, Doctor Lim kata "Adik, jumlah darah awak ni tinggi, ini kanser!! Automatik air mata mengalir depan doktor..

Disangkakan kerap kencing sebab banyak minum air, rupanya kena kanser ovari. Pergi hospital, Doctor Lim kata "Adik, jumlah darah awak ni tinggi, ini kanser!! Automatik air mata mengalir depan doktor.. - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang Disangkakan kerap kencing sebab banyak minum air, rupanya kena kanser ovari. Pergi hospital, Doctor Lim kata "Adik, jumlah darah awak ni tinggi, ini kanser!! Automatik air mata mengalir depan doktor.., kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Disangkakan kerap kencing sebab banyak minum air, rupanya kena kanser ovari. Pergi hospital, Doctor Lim kata "Adik, jumlah darah awak ni tinggi, ini kanser!! Automatik air mata mengalir depan doktor..
link : Disangkakan kerap kencing sebab banyak minum air, rupanya kena kanser ovari. Pergi hospital, Doctor Lim kata "Adik, jumlah darah awak ni tinggi, ini kanser!! Automatik air mata mengalir depan doktor..

Baca juga


Disangkakan kerap kencing sebab banyak minum air, rupanya kena kanser ovari. Pergi hospital, Doctor Lim kata "Adik, jumlah darah awak ni tinggi, ini kanser!! Automatik air mata mengalir depan doktor..



Ramai yang bertanya pada saya, macam mana mula-mula saya tahu yang saya ada cyst. Apa tanda-tanda cyst, dan apa tindakan saya. Saya rasa terpanggil untuk berkongsi pengalaman saya untuk rakan-rakan yang bertanya, mana tahu dapat membantu awak, rakan-rakan, atau saudara mara yang senasib seperti saya sebelum terlambat.

Saya kerap mengalami sakit perut di bahagian bawah. Tidak la setiap hari tetapi agak kerap juga. Kadang kala, perut terasa kejang dan rasa mencucuk. Sakit sangat. Kadang pula, rasa sakitnya seperti senggugut yang berpanjangan.

Saya kerap membuang air 10-15 kali sehari walaupun saya tidak minum air. Stress ya amat kalau pergi holiday atau berjalan2. Kalau lepas minum air segelas, dalam masa 5 minit confirm akan pergi toilet then 5 minit kemudian akan ke toilet lagi. Bayangkanlah penderitaan ini. Ini kerana cyst semakin membesar dan kedudukan ovari (cyst) berada di sebelah pundi kencing je.

Kadang-kadang sakit semasa hubungan kelamin. Sakit yang teramat sangat di tempat kedudukan cyst. Ini kerana faktor pengembangan dan pengecutan otot dikawasan rahim dan sistem peranakan sewaktu hubungan kelamin.

Perut semakin membuncit dari hari ke sehari seperti wanita mengandung (macam 4 bulan). Ia tak sakit kerana dalam perut mengandungi air, doktor kata cyst tu yang keluarkan air tersebut.



Selepas makan, perut mengeras dan terasa penuh.

Kadang-kadang pening kepala tapi tak selalu.

Semasa baring, bila tiba perut kejang, kadang-kadang ketulan cyst tu timbul pada perut. Saya boleh nampak kedudukan cyst tu dgn mata sendiri. Bila disentuh, tekan tempat ketulan cyst tu memang rasa keras, seram pulak tapi tak bagitahu dengan sesiapa sebab takut.

Itu tanda-tanda cyst yang saya alami, period saya regular, untuk orang lain saya tak pasti kerana hormon badan kita berbeza. Doktor cakap dengan saya, setiap wanita memang ada cyst, ia bergantung pada ‘dia’ aktif atau tidak je.

Apa tindakan saya? Sudah tentu takut dan risau lihat perut sendiri membuncit seperti wanita mengandung. Okay, saya tulis ikut turutan beserta kosnya sekali sebab ramai yang bertanya dan nak tahu harga (hospital swasta) ye. Jika hospital kerajaan pastinya murah tapi lambat (ikut pengalaman cerita orang).

1 – 14.2.2018

Saya pergi ke klinik sakit puan. Doktor Indian tu buat ultrasound tengok apa yang ada dalam perut. Doktor cakap tak nampak pun cyst tu. Dia cakap perut saya banyak air then terus dia cakap air dalam perut awak ni mungkin air kanser. Tergamam sebentar dengar kata-kata doktor tu (dapat gambar scan dalam perut, bayaran RM60).



2 – 14.2.2018

Tak puas hati dgn result klinik pertama, call kakak ipar (doktor) then bagitahu masalah saya, dia suruh saya pergi ke klinik dia. Jauh jugak la dengan rumah. Then buat ultrasound lagi, ok kali ni memang nampak biji ketulan tu (mass) kat ovari kiri. Ukuran 6cm. Blur kejap dan mata terkebil-kebil. Then kakak ipar buatkan surat ke Hospital Pantai untuk buat ujian CT Scan (dapat gambar dalam perut. Bayaran sebab kakak ipar).

3 – 15.2.2018

Pergi Hospital Pantai (private) buat CT Scan abdomen dan pelvic. Result dia sangat tepat 100% dan terus dapat result masa tu juga. (bayaran RM1110.45).



4 – 15.2.2018

Pergi semula klinik kakak ipar bawa result CT Scan, kakak ipar explain la dari result tu. Dia kata ukuran cyst saya 11.6cm x 11.2cm x 6.7cm. Pucat terus muka yang tak berapa nak cerah ni. Then kakak ipar cakap, “Hety, ini bukan main-main tau, Kak M*** akan buat surat ke Pakar KPJ Johor dan Hety kena bedah segera sebab ketulan (mass) tu besar. Ia merbahaya. Ia akan membesar dan terus membesar.” Ok seram (bayaran free sebab kakak ipar).


5. 20.2.2018

Pergi jumpa doktor Pakar Gynaecology di KPJ Johor Bahru, bawa surat yang kakak ipar tulis tu. Doktor Lim terus buat ultrasound kat perut dan dia sangat terkejut dengn kandungan air yang ada dalam perut. Doktor kata banyaknya air. Doktor Lim kata air dalam perut saya ni ‘cancer’ ok sekali lagi saya dengar perkataan ‘cancer’ tu. Doktor buat pap smear dan buat ujian darah CA 125. (bayaran RM1024.50).

6. 21.2.2018

Appoinment lagi dgn doktor Lim di KPJ Johor, ambik result darah CA 125 yang buat semalam. Ok nak bagitau, kalau darah ada cancer, jumlah dia 125ml dan result yang sy dapat jumlah dia 721ml, sangat tinggi okeh. Sekali lagi doktor cakap “adik, jumlah darah awak ni tinggi, ini cancer. Automatik air mata mengalir then buat ujian air dalam perut pula. Doktor cucuk hidup-hidup pada perut saya pakai jarum yang besar dan tebal, sangat sakit. Air dalam perut pun dikeluarkan sikit untuk dibawa ke makmal untuk ujian. Air dalam perut warna merah, sekali lagi doktor kata air warna merah tu air cancer (bayaran RM951.25)


7. 26.2.2018

Appoinment lagi, perbincangan dengan doktor. Doktor kata cyst saya ni merbahaya, kena buang kedua-dua ovari kanan kiri dan rahim. Doktor cakap lagi, kesan-kesan selepas buang rahim, saya tak boleh melahirkan anak lagi, saya akan manopous, tulang saya akan cepat reput, saya kena makan ubat hormon seumur hidup saya. Saya sign surat persetujuan bedah buang ovari dan rahim dalam keadaan lemah longlai. Saya akur dan redha demi keselamatan diri. Ya Allah.. berikanlah kekuatan pada diriku. Keluar dari bilik doktor, call family dan kawan terdekat, menangis dan terus menangis. Malamnya tidur di Hospital KPJ Johor (minum air yang rasanya payau masin untuk buang najis) doktor nak perut kita kosong tiada sebarang najis masa bedah esok pagi (tiada bayaran)


8. 27.2.2018-1.3.2018

Operation saya ni major operation, 27.2.2018, pukul 8 pagi doktor cucuk kat pergelangan tangan, then saya hirup asap apa entah nama dia, terus tak sedarkan diri. Sedar-sedar, dengar suara jururawat sambil tepuk-tepuk badan “adik, pembedahan dah siap ye”. Lepas sedar je terus rasa sakit ya amat. Malam pertama tu 4 kali juga jururawat cucuk tahan sakit. 1.3.2018 discharge. (bayaran RM17,864)



Ini adalah pengalaman saya sendiri. Proses jumpa doktor pada 14.2.2018 sehingga hari pembedahan 27.2.2018 adalah satu jangka masa yang sangat cepat. Saya bersyukur dan yakin, Allah telah mempermudahkan urusan saya. Pembedahan pun dah selamat dijalankan.

Sekarang ni saya dalam berpantang dan proses pemulihan seperti wanita yg lepas bersalin ceasor.. batuk dan bersin? Sakit.




Sesungguhnya saya memang tidak menjangka perkara ini akan berlaku pada diri saya. Ovarian Cyst adalah kejadian yang kerap berlaku dikalangan wanita, tidak kira umur dan kebanyakkannya wanita tidak menyedari yang mereka mengalaminya kerana ia jarang memberikan simptom.

Saya harap, dengan perkongsian saya ini, dapat memberi kesedaran kepada kaum wanita untuk segera berjumpa doktor jika ada simptom seperti saya. Apa-apa hal, pergi jumpa doktor dahulu, jangan pandai-pandai makan supplement tanpa nasihat doktor. Bukan apa, dikhuatiri anda penghidap kanser. Tup-tup, kanser tahap 3-4, kan seram tu. Jika tiada kanser, syukurlah. Ke Hospital kerajaan atau hospital swasta terpulang anda, yang penting jangan takut berjumpa doktor.

Doakan kesembuhan saya..

Doakan saya kuat..

Sumber Hety Ezleen

Sumber Disangkakan kerap kencing sebab banyak minum air, rupanya kena kanser ovari. Pergi hospital, Doctor Lim kata "Adik, jumlah darah awak ni tinggi, ini kanser!! Automatik air mata mengalir depan doktor..


Demikianlah Artikel Disangkakan kerap kencing sebab banyak minum air, rupanya kena kanser ovari. Pergi hospital, Doctor Lim kata "Adik, jumlah darah awak ni tinggi, ini kanser!! Automatik air mata mengalir depan doktor..

Sekianlah artikel Disangkakan kerap kencing sebab banyak minum air, rupanya kena kanser ovari. Pergi hospital, Doctor Lim kata "Adik, jumlah darah awak ni tinggi, ini kanser!! Automatik air mata mengalir depan doktor.. kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates: