Tuduhan penyataan palsu, Adam Rosly diperintah bela diri

Tuduhan penyataan palsu, Adam Rosly diperintah bela diri - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang Tuduhan penyataan palsu, Adam Rosly diperintah bela diri, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Tuduhan penyataan palsu, Adam Rosly diperintah bela diri
link : Tuduhan penyataan palsu, Adam Rosly diperintah bela diri

Baca juga


Tuduhan penyataan palsu, Adam Rosly diperintah bela diri

Ketua AMK Ampang Datuk Adam Rosly Abdullah ketika hadir di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, 29 Mac 2018. — Foto BernamaKetua AMK Ampang Datuk Adam Rosly Abdullah ketika hadir di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, 29 Mac 2018. — Foto BernamaKUALA LUMPUR, 29 Mac — Mahkamah Sesyen hari ini memerintahkan ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Ampang, Datuk Adam Rosly Abdullah membela diri terhadap enam pertuduhan memberi pernyataan palsu dan mengemukakan dokumen palsu kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ketika siasatan berhubung dakwaan kemewahan luar biasa yang dimilikinya, tahun lalu.

Hakim Allaudeen Ismail membuat keputusan itu selepas pihak pendakwaan, yang telah memanggil 11 saksi semasa perbicaraan bermula 9 Jan lepas, berjaya membuktikan kes prima facie terhadap Adam Rosly, di akhir kes pendakwaan.

“Mahkamah telah membaca, meneliti, mendengar dan menilai keseluruhan keterangan saksi-saksi pendakwaan secara maksima. Mahkamah memutuskan wujudnya kes prima facie terhadap kes pendakwaan,” katanya yang menetapkan 4 hingga 6 April untuk tertuduh membela diri,” katanya.

Pendakwaan kes dikendalikan timbalan pendakwa raya SPRM Ahmad Akram Gharib manakala Adam Rosly diwakili peguam Datuk Ahmad Zaidi Zainal dan Datuk Sulaiman Ismail.

Mengikut pertuduhan pertama dan kedua, Adam Rosly didakwa memberi pernyataan palsu kepada dua pegawai penyiasat SPRM ketika percakapannya dirakam mengikut Seksyen 32 (8) (c) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan, Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.

Pernyataan palsu itu adalah berhubung kerjayanya sebagai ahli perniagaan, pendapatan, kenderaan mewah, rumah banglo bernilai RM1.2 juta di Kampung Melayu Ampang yang dibeli secara tunai, pinjaman wang RM200,000 daripada ibu mentua dan arwah neneknya serta pinjaman wang RM500,000 daripada along.

Bagi pertuduhan ketiga sehingga keenam, lelaki itu dituduh menggunakan suatu dokumen palsu iaitu dua perjanjian persetujuan pinjaman wang daripada dua individu dan dua baucer tunai daripada syarikatnya, Gegas Mentari Holding Sdn Bhd dengan niat untuk memperdaya pegawai penyiasat SPRM mengikut Seksyen 89 akta yang sama.

Dia didakwa melakukan kesemua perbuatan itu di Ibu Pejabat SPRM, Blok D6, Parcel D, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Putrajaya, antara 9 pagi dan 12.15 tengah hari 10 Feb 2017, dan antara 9 pagi dan 2 petang, 22 Feb tahun sama.

Kesemua pertuduhan memperuntukkan hukuman denda maksimum RM3 juta atau penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. — Bernama



Sumber Tuduhan penyataan palsu, Adam Rosly diperintah bela diri


Demikianlah Artikel Tuduhan penyataan palsu, Adam Rosly diperintah bela diri

Sekianlah artikel Tuduhan penyataan palsu, Adam Rosly diperintah bela diri kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates: